Friday, November 14, 2008

..laki aku dah dapat apa yang dia nakk..



At last, he gets what he wanted all this while. Semua isu2 craving nak itu dan nak ini sudah selesai. Kalau tak, macam nak giler aku dengar.. Saya nak itu..saya nak ini.. dan bla bla bla Semuanya berakhir ari minggu yang lepas. Macam orang peknen pun ada.. Mengidam itu dan mengidam ini. Macam2 hal. Believe me when I tell you it is the most annoying journey okehhh! Giler bebal aku nih follow En Zaki nih gi beli barang. Cerewet tahap kesatria baja hitam!!





seperti biasa biler masuk bilik, wajib loncat atas katil duluks..


Dah la En Zaki buat haru, tetiba dia kata jom gi KL, kita overnight kat sana. Perghhh! Macam nak giler aku nih. Mana nak packing, mana nak uruskan anak. Tapi as usual, aku kan efficient. Heheheheh Iyer aku nih dah ala2 pengakap. BE PREPARED!!! Giler ala2 bini army dah aku nih. Huwarghhhhhhhh! Aku memang setahun lepas kahwin, aku kena ikut rentak dia untuk kemakmuran rumahtangga.. hehehhehe



puan filla, inilah baju yang aku terpengaruh ngan ko tuh.. hehehhe


Ok.. Back to the subject. hehehhe




seperti biasa Imie akan maintain coolio dia.. imie pakai baju auntie zizie bagi


dan izzah sudah start menggelenyar..hahahahha


Dari Temerloh dalam kul 10 am, kami pun gerak ke KL. So far so good. Cumanya Izzah dah start nak bagi aku jadik MUMBRAAAA! Tapi belum lagik jadik. Heheheheheh Mumbra itu adalah villain dalam thundercats! Hahahahahaha Martilah giler cartoon.. Hahahahahah Sampai KL dalam kul 11.45am terus carik hotel. So carik2 yang sedang2 dan convenient gitu. Terus gi Preston Inn kat Medan Tuanku. Hotel kecik jer. Tapi servis besar. Semua ada, TV channel yang penting2 ada (dah mcm kat hotel 5 star), iron & ironing board, sejadah, kettle, extra pillows, bilik air cun eventhough ada sedikit leaking. For 3 stars hotel, I would have say its a 5 star service. Parking jerlah ciput. At that rate, ada 2 double bed. Cun! Plus courtesy of En Zaki! itu yang penting! Muahahahahahahahhahahahahahha

Setelah lepak2 dalam sejam dua, kami gerak ke OU lepas Zuhur. Lunch kat McD sajork. Then carik2 barang2 En Zaki. SEBAPAK besar OU tuh, leh takder barang yg dia nak??? Aku nih nasib baik penyabar orangnya. Aku layan jerlah. Ngan nak handle 2 orang anak lagik, yang dah start nak buat perangai. Yerlah, tengah En Zaki nak menerai bagai, kenalah aku yang pegang kan. Takkan En Zaki masuk dalam fitting room pun nak bawa anak kan? Harus buta huruf anak2 aku nnt. hehehehehheh


senang kejer aku..dedua duk kat baby chair.. hehehe


Setelah sekian lama, En Zaki sudah naik royan sbb tengok pangai anak2. Padahal aku yang penat nih yang handle, tak laks royan. Macam mana tuh? *garuk dagu* hehehehhe Dengan kadar rengus yang tinggi, dia ajak blah. Aku ok jer. Dah la tak dapat apa2 kan. Tuh rengus sbb tak dapat lagi apa yang dia nak beli lah tuh. Tensi mak okehh

Masuk hiway, segala crankiness suda tone down. Yerlah. Letih kan. Semua orang letih. Bebudak lagi la. Tetiba di NKVE, En Zaki kuar exit Subang. Conficious aku kejap..hehehhe Ghuper2nya mamat tuh nak gi SS15, carik keter dia tuh. Tensi mak! Sib baik anak2 tidur tau. Kalau tak haru aku.

After dah dapat keter itu, kamie gerak ke Klang nak visit kawan baik dia. Kawan masa kejer kat Proton dulu. Sesama susah senang. Yang tolong bawa dia gi spital, masa zaman merempit dulu. Semuanyalah. After that, kami gerak ke Tanjung Gila (muara) gi dinner. Tapi idaklah aku nak ambil gambar. Giler? Dengan haru biru Imie nak tidurnya, ngan Izzah nak turun high chairnya..Ngan aku nak baling orang yang nyanyi tuh ngan kasut lagi. Buduh nak mampus. Sora tak sedap, nak gak memekak kat org tgh makan.

Izzah bley laks buat perangai nak ikut kawan En Zaki. Sebab dia ada anak 2 orang. Kawan la tuh. En Zaki apa lagi nak royan la. Aku pun. Tapi aku masih sabor lagiks. Last2 tidur. Memang penat kan. Sampai kat hotel dalam kul 10++. Semua plaks tetiba cerah bijik mata, dari tgh tidur dalam keter. Yerlah nak angkut barang2 lagik kan.



peekaboo! imie baru bangun tidur..


Hari ini dalam sejarah Izzah bangun kul 9 pagi!! Giler bestnya aku. Tapi aku dah biasa bangun awal, kena gaks bangun. Sebab lepas tuh tak leh tidur laks. Tapi leh aku kemas apa yang patut, masak air, basuh botol bagai. Setakat Imie bangun, aku leh handle lagiks. Siap aku turun bawah beli bekfes lagiks. Kagum giler aku! Hahahahahahahahhahaha


izzah seperti biasa memang minah tefon



then Imie biasalah menyongeh..sambil meniti kat katil..


Then siap check out, kami ke SOGO. Yer moon, aku duta SOGO. Aku tahu. Ko dah bg aku title itu pada ku. Dan paling best, ianya tengah sale! Yahooooo! Punyalah besar OU tuh En Zaki tak dapat apa yang dia nak. Last2 kat SOGO jugak yang dapat.


izzah with slide..


Aku cakap kat En Zaki, suh dia gi carik barang2..sementara aku duk kat playroom kat Children's Department. Imie dah start nak tidur dalam stroller. Memang dah time pun. Tapi setelah sampai di situ, dia ajak aku gi Hotwheel. Ada size besar, tapi dia tak muat. Apa kes orang tua nak pakai baju budak kan? Tahulah slim river. Last2 beli untuk Izzah. Untuk Imie tak dapat. Giler babas besar. Tapi sebelum dia sempat carik barang2 dia tuh, aku sempat mengepow tees, bottle, sip cup and slack untuk anak2. Biler lagiks kan? hahahahhahahahah


imie baik punya tidur...



ada kakak layan izzah main..dah la siap ngan cap hantu jepun tuhkan.. heheheh

Tapi last2 En Zaki naik, suh aku gaks turun. Sebab dia tak reti nak beli ker idak. Antara Dockers dan brand2 lain. Dockers tuh mmg mantap, tp dia kata pricey. So i suggested that he alternates to other brand. Macam BUM ke..Diesel ke..janji ok dan sedap di pakai. End up, he bought the BUM jacket.

After SOGO, kami ke Carrefour Wangsa Maju. Sebabnya nak beli groceries. Dan nak tengok outlet Levis/Dockers tuh. Sajer jer. Mana tau ada yang berkenan. Aku nih nak blouse. Masa kat OU, aku cakap kat En Zaki aku ada minat blouse kat Reject Shop, rega RM29 jer. Leh aku kena bambu, sebab dia cakap setakat RM29 klu nak dibandingkan ngan jam awak tuh beraapaa!!?? huh tekanan tul aku. Tak cakap marah. Cakap pun marah. Last2 aku dapat blouse gaks kat First Lady. Hahahahahha Lantak aa.. Janji dapat.

HASIL REMBATAN






benda alah nih kena assemble sendiri. usaha mamat nih nak assemble menate nih. siap buat kat tangga..sbb kat bawah anak2 kaco. hahahahhaha


Moral of the story, I pretty much enjoy my weekend. And I think En Zaki too. So do the kids. Tambah pulak masa kat Sogo sampailah balik, they were so good! Behave! Dah recharge kut. Tapi saper kata LAKI NIH SENANG SHOPPING? CEREWET GILOS!!! Menci akuu! And all this while, dok marah aku suh cepat ler apa ler.. padahal dia lagi dasat!


6 comments:

Mommy Girl said...

Puan Fara, saye x paham ar...ape yg sbnrnye dcri dek en zaki tu? Menate kete tu ke? Hok aloh....penat dol cri ape yg die crik sebenarnye dlm cite nih. Kete tu ek? Muahahahahaha....lembap dol saye ni.... Kui..kui..kui... Hai...En zaki...en zaki... Lbih kurang Adam gak ni, suke car. Pinjam bleh x uncle? Mampuih x dpt.... Hahahaha....

Mama HH said...

aku bayangkan keta idaman AE86 tu yg bley dibawak kesana kemari... besau tu jek keta tu? wahahahaha...

Fara... diorg ni mmg bab shopping lagi teruk ngalahkan kita.. kita ni at least lambat2 kita pon kita pilih kita sauk.. diorg tu.. lambat2 diorg dh la xpilih.. sauk pon idak.. pastu ajak gi cari tpt lain... leteeeeeyyyy nk layan kan?

Unknown said...

mmg pun en somi semua jrg shopping but kalu shopping harus kita lah yg meroyan....bolleh kekdang gi 2-3 shopping complex but still x berkenan dihati..mau kita yg angin......tamabh kita ngan 2 babies....en somi dok buat muka muncung x dpt apa yg dicari yg kita lak dahhijau kejar anak.....

ila de cute said...

hi fara, wei aku pun bayang kan si kie pi beli keter baru yg besar yg boleh drive...rupa2 nya kereta itu...hehheeh

tp kan fara, aku tak pernah experience lagi yang laki aku susah cari brg yg dia nak berkenan, normally laki aku senang je... hehhehe...

Anonymous said...

kan aku dah cakap...payahhhh shopping ngan jantan nih. cerewettt...lambat..susahhh!! ahh tention! baik ler jadik pompuan cam aku nih. tgk gitu2 jer... dah leh dpt..
5 min pon aku leh rembat 10 helai. yg penting ada duit! jangan kan baju, skali ngan kedai aku leh angkut bawak balik!!

Miss Moon said...

wahhhh nko ke sogo ek . nko patut pakai baju cam siti nurhaliza kat poster jusco tew kan ...tapi nko utk poster sogo ...auuw cun seyyyyyyyy

aku rasa sogo kena bayar royalti kat nko ar sebab nko tlg promote baik nyer ...aku dah lama tak gie sogo weyy nih baru kat cyberjaya ...org lagi jauh buley sampai apa kes nih kan .

aku suka la imieeeeeeeee ..imieee auntie laks yg fall in love ngan imie ...adeh tgk senyuman nye . Izza apa kes pakai topi jipun tew . Kalau anak nko ilang fara misti org ingat anak pelancong jipun yg ilang ....haittttt izah sannnnnn

sangat cergas n efficient la nko fara

 

Blog Template by BloggerCandy.com