Wednesday, September 30, 2009

.beransur pulih.

Alhamdulillah.. setelah 4 hari.. demam dah ok.. tinggal batuk jer.. selsema pun dah berkurangan.. Moga2 ari nih.. I should be ok lah.. Semalam kena attack sama itu lelah.. Giler tak bernafas dengan lancarnya.. Telah 3 ubat.. ubat batukk.. ubat paru2 dan ubat lelah.. Baru lah leh napas balik.. Tapi sangat mengantuk.. Sib baik korek2 masih ada ubat.

Dah la kalau nak beli..mahal.. Heheheh ubat batuk syrup tuh aku tak leh masuk.. It makes my cough worse.. So kenalah makan ubat batuk in pills tuh. Mahai! Tapi nak elok kenalah makan gaks kan? And no, I'm not using inhaler. Sebab lelah nih bukan chronic sgt. But still have to consume medication gaks..sbb kadang kala kena attack gaks.. Aku dapat lelah masa preggie with Imie.. So plus ngan eczema.. Kira teruk gaks allergies aku nih..


Rumah kami tetiap ari ada guest. Sib baik smlm takder. Leh rilek2. Then qada housechores yang mana tertunggak tuh.. Hehehehe Still yesterday I slept at 9.30. On and off lali tgk sepi and sleep. Imie was not sleeping yet. Jadinya TV kena on. Sebab kang dia bantai buat sommersault berpusing ke apa ker.. Sudah jadinya..


Will blog later.. Byk raya thing yang masih belum berupload.. Heheheheh

Friday, September 25, 2009

.aku dah kejer daa.

Raya ke 4, aku dah start kejer. Padahal seriously raya tahun nih raya yang paling penat giler! Tak balik Ipoh pun. Tapi raya mengalahkan gi semua tempat. Even nak naik kejer tuh, aku masuk lambat..sbb seriously aku penat!!!. Tapi yang bestnya kejer raya ke 4 nih, org takder..kejer adalah kan.. tapi tak kosa aku nak buat. Jadinya aku leh buat sesuka hati aku jer.. Khatam youtube Nabil Raja Lawak semua minggu.. then aku layan games.. dan lunch hour aku tidur depan kaunter. Hahahahahaha

Lelater la aku citer pasal raya. Maleh benar rasanya.

So smlm, masa aku nak gi kejer.. Izzah melalak nak ikut.. sbb dia dah mandi. Pakai baju lawa. Owh anak2 aku semua pakai baju lawa tetiap ari..pagi petang siang malam.. Takperlah..namanya pun raya..

Tapi semalam sbb bawa Izzah.. sepatah haram aku tak leh buat kejer.. Kawan MZ laks datang dari Klang.. balik kejap tengahari.. Bawa gi makang ikang pating. Temerloh..Patin.. Sinonim la kan.. Then lepas dia balik.. aku masuk kejer balik..smpi la ke petang..

Belakang aku?? Jangan cakap la.. Giler sakit berdenyut2.. Tetiap malam letak yoko2.. Makan celebrex..makan panadol.. giler sakit.. Tak sabar nak gi physio 8hb nih.. It helps a lot..

izzah and ummi


tembam pulaks izzah biler buat rambut camnih..

Ok.. sebelum apa2.. aku explain.. Izzah ini anak kandung pure aku.. Jangan di tanya muka dia takder iras muka aku pun.. Even Imie pun ada sikit2 jer iras aku.. the rest.. semua ikut MZ.. walaupun dia dark brown.. ehemm.. tapi sesungguhnya Mr Juki mmg Jepung Color Dark Brown tau.. hehehe

Aku belum ambik family potrait lagiks.. Nenanti ler.. Aku penat.. hehehehe

Saturday, September 19, 2009

.selamat hari raya aidilfitri.

Penyimpan mohor2 besar dah tetapkan raya pada esok hari. Jadinya kami, the azdra family.. ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua..dan maaf zahir dan batin kiranya ada terkasar bahasa..dan menyinggung perasaan..



Wednesday, September 16, 2009

.Tukar laie..

Kan aku dah cakap aku tak leh goo ngan color ejau. Aku tak leh iduppp.. Semak jer setiap kali bukak blog tgk color tuh. Tidakkkk!! Aku tak sangguppp!!!! Jadinya aku tukar color lagiks.. hehehe

p/s: Jujue, ko mmg pantang tgk aku typing error kan? Ko tunggu... tungguu.. tunggguuuu..

Tuesday, September 15, 2009

.new color.

Owh perasan i changed the whole blog?

Tapi aku tak suka ejau. But then why I picked this color? Sempena raya nih, kena lah ejau2 sikit. Muahahahahahahhaha..

Later..

Daaaaaaaaaaaaaaaaa.

p/s: Takder mood nak update blog..Sebab hati sedang semangan nak raya...

Monday, September 14, 2009

Tak berapa nak ada mood. Hehehehe.. Tengah main Diner Dash.. leh plaks rasa lapar tgk dia orang makan.. Apa kah?? Owh raya nak dekat. Tapi persiapan raya dah buat? Hehehehe Alhamdulillah..manage to grab 2 helai baju utk anak2. Oklah tuh. As for me n MZ, kami pakai jer baju tahun2 lepas.

Ok jer. Redah ajer. Hehehehe.. Raya tahun nih kami beraya di Temerloh. So sesaper yang pulang beraya ke area timur. Sila hallooo aku yer. Tak perlu call. Seru jer nama aku... Faraaaaaaaa... nescaya hulu hati aku akan meremang remang ...oohhh itu tandanya ada orang seru nama aku.. Aku nih takut jer raya awal. Kang bulan merah sos maggi dah terlancar.. haruslah aku gi beraya tak best sebab sakit senggugut. Caitt! I dun like..

Aku dah mula terima hakikat utk beraya di sini. Kakakakakakakka Bukannya aku tak suka.. But since I seldom seemy parents, it does break my heart when it comes to raya. Tambah pulak last week aku anti lagu raya.. Habis aku hamun jangan pasang lagu raya kat bebudak opis nih.

But just now, my mom called yang mereka semua akan datang raya kedua ke Temerloh. Champion!!! I like it so muchhh!!!! Alhamdulillah.. Aku bersyukur mendapat keluarga yang memahami.. Walaupun sebab utamanya nak tengok cucu lah kan.. Be it, aku tumpang juaa.. heheheheh



ini raya tahun lepas tapi adik aku yang kat Sarawak tuh tak beli for raya.. raya kelima baru balik which aku dah balik ke Temerloh.



ini dia adik bujang aku..masa nih kat KK kut.. aku lupa..dia mms kat aku..


p/s: Can't wait for raya kedua..yeaaahaaaaaaa


Friday, September 11, 2009

.biskut raya part 1 dan pangai anak2.







Aku berjaya buat!!! Aku berjaya buat!

Last night pojek kuih raya dah berjaya di buat oleh aku.. Siler kagum. I hev 2 kids yang masih small dan nakal jgn cakap la.. Hehehe but I still can make it..

STARTS: 9.30pm

ENDS: 11.30pm


Sepatutnya kul 11 dah habis. Tapi aku buat satu dough untuk choc chip idaman kalbu aku. I've learned from my ex boss that, klu buat choc chip nih.. better simpan dalam chiller for one night.. utk better results. So balik kang aku leh terus cedok dan bake jer.


Alhamdulillah.. bakang aku tak sakit. Tapi aku ngantuk giler. Lebey kurang kul 2.30am, Izzah bangun meroyan suh bukak TV. Lepas tuh kekonon buat drama sedey, nangis sedu2 cam aku nih pijak dia. Kang aku pijak betul2 kang baru tahu. Jenuh istighfar. Kalau tak dah lama aku makan kaki aku nih.

Last2 jenuh pujuk.. kul 3 lebey..dia mau tidur..dan TV ditutup.. harus aku kuarkan TV dari bilik aku nih. Tensi aku.. Akibatnya aku ngantuk bagai nak rak. Sebab kul 4.30am dah nak bangun.. masak for sahur. Lepas sahur tak leh nak tidur laks, sbb Imie dah bangun.. Ngantukkkk!!!



ini nur izzah.. anak sulung saya.. lahir pada tarikh dan waktu yang sama ngan my 2nd sis.. nyah a.k.a haslin..yakni suka mengobak (menangis melalak waktu kecik) huhuhu



ini mohamad rahimie..anak kedua saya.. yang suka melalak gaks..tapi in slow volume..

p/s: aku ngantuk sangat nih. macam berada diawang2an sajorkk..



Thursday, September 10, 2009

.my new croc.

Sangat tak sesuwai kan.. biler asyik upload gambo makanan jer.. Itu menandakan.. bulan posa yang sekali dua makan nih, tak bermakna berat badan aku makin kurang. Aku makin gemukkkk!!!!! Gumuk macam panda mutant!!! Tension aku! Semalam gi physio kan, berat aku increase giler by 2kg!!!! Tekanaaannnnnnnnnnnnnnnn!!!!..

Sudahhh.. Sudahhh.. Sudahhh..

Oklah.. oleh itu saya tidak mahu mengupload gambo makanan lagiks.. Semalam makan ikan masak kicap pedas berdengung..which aku tambah nasi smpi 3 pinggaann!!!!!.. Badigol soot tull.. Dah la elok aku berbuka posa tuh.. baru jer makan kurma separuh.. Izzah telah membasahi tikar buluh aku ngan air kencingnya.. Suda extra loading laaa.. Kena plaks tukar pampers merangkap mandikan dia terus.. Tapi itu tak mematahkan selera aku nih.. Dengan alasan, aku pening..kena makan...huhuhuhuhuhuh

Jadinya dgn ari nih.. Saya mau makan nasi sikit.. kuih banyakkkk.. Hahahahahahha iyerker?? Leh caya ker??? Aku pun tak pastiii...uwaaaaaaaaaaa

Hey! Apa yang aku merepek daaaaa....

Hehehehe Walau apa pun.. aku sangat berkobar2 biler MZ balik, dia dengan bangganya berkata pada ku...

Yang, saya beli sesuatu utk awak..Nah..

Cenggggg.. dia campak kat riba aku.. Campak okkkk...heheheheh I opened the bungkusan.. Guess what I got.. A Croc slipper.. Seyes Croc.. Excited giler.. Tapi sekali aku tgk.. slipper Jantan ok.. I repeatt.. slipper JANTANNN!!!..Size 10!!!! SIZE 10!!!!!

Seraya dengan itu, aku berpk.. Laki aku nih ingat aku nih jantan ker?? Ker dia dalam proses menjantankan aku?? Ker aku dah memang ada hormon jantan??? Nak tengok ghuper kasut tuh macam mana??? Siler scroll ke bawah...


*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



croc size 6..dah tukar time nih..


Tapi tulah.. at least dia belikan.. Tingat jugak kat aku... Dia pun ada satu..tp kaler lime green..

Wednesday, September 9, 2009

.berbuka posa ramadhan 18.

Semalam saya curi masa gi pasar. Call MZ, tanya nak berbuka makan apa.. Dia kata sukahati aku lah.. Then aku beli tulang 1/4kg, daging 1/2kg dan sayur2. Tuh jer. Habis below RM20 jer. Then tulang telah direbus dalam rice cooker aku kat opis nih. Hehehehehhe jgn komen apa2 yer. Janji kejer jalan dan siap.

1. SUP TULANG

sup tulang ala siam..



2. IKAN GORENG

sekali ikan goreng pun masuk daaa..

3. IKAN PEKASAM TALAPIA





pekasam yang diimport dari Ipoh..my faveret..



4. SAMBAL KICAP

sambal kicap..consist of bawang putih, cili padi kebabom, garam.. mantoppp!!!


Moral of the story bak kata Dora The Explorer...deliciousss!! Heheheheheh..biar pun simple.. tapi sedap..ceh puji diri sendiri plaks.. hahahahha Saper lagik nak puji kan.. Lagi satu, takkan la tulang tuh ada 5 ketul.. aku makan se jer.. MZ makan 4 ketul.. Lu pikir la sendiriiii!!.. Hahahahahahhaha

p/s: Tetiba aku lapar.. chin peng tull.. Dah la lepas sahur aku tak tidur dah.. terus buat kejer umah.. Izzah leh lak berak bagai.. Tengah tidur pun leh berak ker?? Aku tak paham.. Makan lagi macam2 semalam.. Dah aku tegah..makan gaks.. Kan ker dah sakit perut..

Tuesday, September 8, 2009

.sekembalinya aku.

Sekembalinya saya dari Ipoh, I dun hev the mood to blog! Seriously! Giler takder mood. Adakah tetiap arinya dalam minggu lepas aku berblog..sbb aku excited nak balik Ipoh.. and now dah balik Ipoh, aku takder mood???

I think so.. sbb now dah tengah2 ramadhan..means that raya is around the corner. Means lagik, aku kena beraya kat sini. Huwaaaaaaaaaaarrrrrggggggghhh! Leh tak aku nak mengarut nih. How come aku yang memang sokmo kat sini, 24 hours leh balik kg MZ.. I mean klu kul 3 pagi nak balik leh jer aku pack balik umah PIL.. then raya kena gaks gilir2???? Citer sikit kat aku.. I dun get it. Serious okk.. Aku tak paham..

Dah la balik Ipoh, leh kira ngan jari tangan kanan aku jer tau.. Yerlah every now and then leh turun KL, jumpa family semua..But still it is not the same as coming back to your home. Period! Aku tak leh terima hakikat ini. Tapi yer lah. Konsep skang ialah.."Tingkatkan prestasi ..elakkan controversi...".. Aku jerlah yang kena tingkatkan prestasi. MZ? Cait!

Tak baik kan.. tapi tulah biler dah asyik saya yang menurut perintah..buhsan gaks.. Dan aku bukan jenih yang suka membebel..dan banyak cakap.. End up nanti perang dingin. Dan aku tak leh gaks hidup dalam keadaan senyap. Lenguh rangka mulut aku tak bergerak.. Hahahahaha.. Tak leh hidup dalam keadaan mcm tuh. Serabut dan rungsing. Aku balik umah utk tenangkan hati.

Huh..tetiba luahan rasa.. Tapi tulah hidup berumah tangga..Ada tolak dan ansur.. Tpi yang tak tahan..bini jer yang kena ansur.. laki tolak... Apakah???

p/s: Mak, chik sekarang hidup berlandaskan pekasam yang mak bagi jer.. huhuhuhuhuhuhu


Friday, September 4, 2009

.jawab tag dari moon.

1. Bekas kekasih saya adalah :
banyak... hehehhehe tetapi hanya satu masih contact sampai skang.. and we became gud frens dan masih stick to the old endearments. *sigh*

2. Saya sedang mendengar :
Lagu Don't Think Of Me dari DIDO. Yer yer aku sedang mendengar cd dari her old album.

When you see her sweets smile baby...
Don't think of me...
When she lays in your warm arms..
Don't think of me..
Oh it's too late and it's too bad..
Don't think of me..
Does it bother you now all the mess I made...
Does it bother you now the clothes you told me not to wear..
Does it bother you now, when I'm not there...

3. Mungkin saya patut:
tidur skang.. sbb orang takder nih



4. Saya suka :
makan..tidur...makan...tidur... dan juga doing something creative and inventive..

5.Sahabat-sahabat baik saya :
ramai.. sebab saya nih terover peramah.. hahahha tetapi yang very close sgt boleh dibilang ngan jari...

6.Saya tak paham :
kenapa ada orang berpk guna kepala lutut..dan tak guna otak dan akal yang Allah beri.

7.Saya kehilangan :
Dara. Hahahhahahahahahha Mahu pakuk kah kepala saya?? Hahahahhaha Saya telah kehilangan kudrat untuk membuat kejer dan aktif..di sebabkan penyakit2 yang saya alami skang.. Biarlah rahsia.. hehe

8.Ramai yang berkata :
Tinggi benar awok nih. Dah macam badak..zirafah.. cemperlai.. landak kg dusun dan bermacam angkatan haiwan yang di labelkan di bawah saya.. hanya semata2 keaadan tubuh badan saya yang tinggi melangit.. heloooo aku nih 172cm..berat 68kg... Normal okkk..

9.Makna nama saya :
Kegembiraanku yang bijaksana.. See kenapa aku selalu happy go lucky walaupun aku sedey..

10.Cinta itu adalah :
menyusahkan.. Biler ko happy.. ko berada di awangan..Lalu biler dah high gitu..ko leh tersepak kusi dan menate lain..menyebabkan ko jatuh terlentang..terduduk.. dan menemui kesakitan yang azab hingga ko leh dapat slipped disc.. Apakah?? hehehhe

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Tidur krih...kroh..kreh..Sedangkan saya sedang bertungkus lumus menyiapkan report ini.. Ching peng!

12.Saya akan cuba :
menjadi muslimah yang berjaya...

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :JANJI...
forever and ever... Tapi kalau mati..adakah forever selamanya itu akan kekal? Hanya jauhari yang mengenal manikam.. Sapaer bukan nama jauhari..tak leh kenal manikam.. Hanya kenal mani lain jer.. hehehhehe

14.Telefon bimbit saya :
Selalu 2nd hand..yakni bekas adik beradik saya. Tetapi akhirnya saya telah berjaya membelinya ngan hasil perahan kudrat saya sendiri..

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya check dulu pampers anak dulu

16.Saya paling meluat apabila :
saya benci tahap gaban kepada atau pada orang/benda.. Meluat lagi dasat dari benci okk..

17.Pesta/Parti adalah :
segerombolan manusia berpakaian minima lalu berhibur tak ingat dunia akhirat.. Eh silapp.. itu Parti Sasau.. Undilah Parti Kerbau utnuk keselesaan membajak sawah.. Yipiee! Yippie! Yippie!

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

cj7..aku dah paste gambo binatang nih.. jangan tanya aku mcm mana ghuper dia..


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Zaman sekolah..zaman diploma..(zaman uni tak best).. zaman bujang... Zaman berpacaran.. Zaman kuno.. Zaman di mana lagu Rayuan Mandolin oleh Momok Latif menjadi pujaan hatiii... Yippppeee!!


20.Hari ini :
Saya akan balik ke Ipoh... Yahooooooooooooo!!!


21.Malam ini saya akan :
Berada di umah parents...InsyaAllah

22.Esok pula saya akan :
berada di Ipoh jugaaa... hahahahhaha


23.Saya betul-betul inginkan :
Skang ialah Starbucks Mocha Rumble Frappucino yang skang dah di cantas pembuatannya.


24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Va Va Va.. Syabas mere beteh.. Cantik tertarik ko memang da bombb laa.. Walaupun muka campuk2..berlubang2.. pigmentation terjejas.. huhuhu..Chantek! Chantek! Chantekkkkkk!!


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat aku boleh?


26.Makanan Barat atau Jepun :
Barat daya timur selatan.. hehehhe


27.Bilik yang terang atau gelap:
Gelap sgt kang..tak nampak laks laki aku... hahahahhaha

28.Makanan segera adalah :
laga laga bak kata Izzah.. Dia panggei maggi mee tuh as laga laga.. Aku lagakan budak nih jugak..

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Jangan lama sangat..kul 12 aku nak calo... hahahaha

30.Siapa yang anda nak Tag?



ZZ (ko kena buat gaks..)

Ila (wajibulghunnah gaks)

Watie (sila buat..jgn asik letak menu berbuka posa jer... kecur akuuuu..hahahah)

Di GreenApple (siler la buat..jgn raba2..buat jer tag nih..hahaah)

Mai (Kena buat homework yer cikgu..)

Jujue (Sila buat.. aku dah maafkan ko berbuka kat Ipoh aritu..hahahahhaha)




.di saat perut aku kenyang..

Owh semalam sangat mencabar kewibawaan untuk berpuasa. Punyalah rasa nak muntah.. Hangin nak muntah tuh dah smpi kat tekak dah. Lagi sikit nak bluekkkkk. Seyes pening samseng kg dusun punya. Aikk.. Apa kena mengena pening ngan samseng?? Sebab yang samseng itu aku.. yang pening itu adalah samseng itu. Hahahahahhaha Bodoh! Buat lawak terpimpin laks.

Sib baik aku bijak bistari.. Tepat jer kul 1pm, aku tidur sambil memakai Pore Pack kat hidung nih. Konon2 nak hidung cantik bistari.. tak ada segala macam head.. Tp tetap ada skin head.. Hah? Hidung pun ada skin head ker?? Tapi yang best sekali..kul 2.30pm baru aku bangun.. Apakah?? Hahahahahahahhaha.. Lagi macam bangungs! Kakakkakak! Biarlah aku mcm nih.. Aku tgh happy nih... KAkakakakakkaka

So semalam, Alhamdulillah.. balik jer.. pening tuh dah controlable. Ada ker word tuh? gasak jer lah.. Hahahahahha Jenuh doa mcm2 supaya tak kecundang biler balik. Balik jer... siang udang yang ada 21 ekor tuh.. RM9 jer.. I loikeee.. Udang tuh besar tak hengat.. Putih kemerah2an.. Bukan yang hitam tuh yer.. Yang hitam tuh murah sikit.. Cukuplah dah ada laki hitam dark brown kat umah.. Kuakuakuakuakua! Mcm lah aku cerah sgt. Tapi klu dalam gelap tuh, glow in the dark la gaks.. Hahahahahahahahhaahha! Mangkuk! Mangkuk! Mangkuk!!!!

Okeh.. balik.. siang udang..basuh.. buang kulit udang utk tomyam.. Aku tak pernah masak tomyam kaler merah tuh.. Selalu kalau masak sure Tomyam Putih.. Sebab MZ suka.. pedas berdengunggg.. Mana taknya segenggam cili padi aku tumbuk dan masukkan. Sebabnya juga.. MZ suka pedas.. kang tak pedas sure complaint mengalahkan Simon Cowell American Idol tuh.. Aku nih dahlah tengah hati bukan kristal. Kang tak pasal2 aku buh Multi Purpose Cleaner perisa lemon kang.. Habis pahala aku.. hehhehehehe

Telah aku skodeng kat blog LadyVerde to seek for the recipe.. So menu semalam adalah..

1. Buttered Prawn.

buttered prawn yang agak rentung.. lerr kata nak crispy kan.. hahahah alasan.. masa aku tgh buat nih.. izzah dtg ke dapur nak kismis.. kejap jer bg tuh.. tp by the time tgk kat kuali.. sekali dah hitam daa... hehehehe..juga cili padi telah ku masuk dgn byknya...

2. Ayam Goreng Kunyit


nak masuk gak gambo.. ini ayam untuk anak2..


3. Tomyam Putih Pasir Berdengung



sebab apa berdengung?? sbb pedas berdengung daa... hahahahha


Wahhh.. and the after effect was shockingly terkejut.. Hey! Apa daa! Hahahahhaha.. Aku telah menambah nasi sebyk 2 pinggan. Giler shock! Kakakakak Sebelum nih nak habiskan satu pinggan nasik pun azab! Nih pula 2 pinggan. Ker penangan Buttered Prawn nih?? Ker Tomyam? Ker?? Ker ker?? Hahhahahahahahahha Dan aku tak leh nak habiskan murtabak yang aku tingin nak makan the last 2 weeks.. Sbb I am fully full bebeh!. To the max!!! Masih sempat menyelit Kuih Lopez mak enon. Sodaapppp...

p/s: Kecur laks aku pepagi buta nih... heheheh

Thursday, September 3, 2009

.pening mcm nak gil*er.

Aku sedang berjalan di awang2an.. Tadi gi pasar.. aku hampir terjatuh atas ikan2 kat pasar tuh, masa tengah beli udang.. Owh yer.. aku nak buat butter prawn ari nih ngan tom yam.. minta2 la aku ok smpi berbuka kang.. Jenuh aku godek dlm blog Ladyverde utk merembat recipe buttered prawn dia yang simple dimple itu. Check it here dude!

Seriously aku pening goyang inul gelek gerudi. Berpinar jer rasanya. Sebabnya.. aku bersahur roti sajer pagi nih. Sebab masa buka piyuk nasi tadi.. nasi hanyalah cukup2 untuk MZ jer. Nak masak lain, aku maleh. Sbb sekumit jer nak makan sahur tuh. Nak buat untuk anak2, ari nih kerja..so dia kat umah SIL..

Jadinya setelah perangat lauk semua.. aku hanya makan roti sahaja. Dan of koses, nescafe. Kalau tak minum nescafe for sahur, confirm kepala head banging cam nak giler. Tapi pening macam skang nih, lagi aku rungsing. Sebab macam berada di alam fana cinta jer.



tuna toasted sandwich


p/s: OMG! Tomorrow is Friday!!!!! I hardly can't wait for tomorrow. Coz' finally after 6 months, I finally going back to my home town in Ipoh!!!.. Yipppieeee!!!!!! Moga2 dipermudahkan perjalanan kami... Mai, aku balik Ipoh dulu yer.. Ko dah balik ari tuh.. hehehehe


Wednesday, September 2, 2009

.di saat konfrontasi bermula...

Di saat konfrontasi telah bermula.. aku dengan diamnya balik dan masak. Saper yang kenal aku, aku sangat susah nak diam. Aku diam?? Hahahaha aku nih The Incredible Talker..tetiba jer..Mesti bercakap. Kalau tidak jiwa tak keruan.. huhuhuhuhu



Bukan tak bercakap langsung. Cakap. Tapi yang mana aku rasa penting jer. Cam contoh, dia tanya nak masak per.. aku replied, daging. Satu patah jer. hehehe Sebab aku maleh nak cakap sangat, sbb aku tak nak tambah dosa aku. Dan aku nak jadi isteri metallica metallic mithali. Yang lelain tuh biarlah rahsia. Sedangkan lidah lagi tergigitkan? heheheh So enjoy the pic.. Wehh sagu gula melakkaaa tuh sodappppppppppppppppppppppppp!!!




daging goreng kunyit with brocolli



kailan goreng



gulai lemak siput gondang sedut..ini tak buat..si MZ beli


the desert.. sagu gula melaka.. i did it ANNA!!! i did it ILA!!! Walaupun ghupernya dak lah lawa..sbb dah makan separuh jalan baru ambik pic.. agak sememeh sket.. tp kena ambik.. kang puan Filla marah aku.. hahahahhha

Moral of the story..aku still leh masak walaupun konfrontasi terjadi. hahahah Gigil..Gigih aku ambik DSLR..pasang lense bagai.. semata2 nak ambik pic lauk nih.. hahahahhahahah

p/s: Perasan tak aku raji update blog? hehehhe

Tuesday, September 1, 2009

.the kopitiam in me..hehehe.

Ok.. enoughlah being a super duper devastating wife kan..

Let me tell u..another side of me.. hehehehe Saper yang kenal aku..dah confirm tahu aku nih gila2 hatta merangkap brutal dan kill 'em all punya person. Sangat reserve tau depsite all the ganas2 punya habitat..

Tapi deep inside me..aku sangat romantik tau.. sgt deep in thoughts sampai membuatkan rambut2 aku nih turut bertukar color sbb deep sgt kan.. kiranya aku nih romantik..lentik.. getik dan bermcm jenis tik lagi la.. Hanya orang2 yang pernah rapat ngan aku jer tau perangai aku mcm mana. So when I was cruzin the web and do some blog hopping.. I came across a few bloggers yang mengumpul pinggan2 nih. Ada yang mewah..dan ada yang zaman stori version. Which I loike.

Speaking of vantage from the previous post, aku tak lah hadap sangat vantage nih i.e the english theme. Before nih aku beli english theme nih..sbb my mom suka. So every where i go, tiap kali jumpa mesti beli utk mak. As for me, the vantage are kindda of something to have at least sekeping tiang pun jadik laa.. Price?? Ehem.. maybe sbb aku ahli nujum kut..tuh yang buat mampu beli kut. Furthermore, utk membeli satu set pun..membuatkan aku mengutip wang lebihan saku every month utk di keep aside in order to make my dreams come true.

Dan saya juga (tetiba jer saya), pengutip pinggan2/cawan dan seangkatan dgnnya yang lama.. walaupun tak canggih dan byk mcm koleksi orang lain. Akan diusahakan lepas ini, menerjah kedai2 apek gaks. Dan besan ku Moontok, jgn lupa mms kat aku yer. Takpun ko pakat ambik gambo..emel kat aku.. hahahahha

For a start..I hev as pic below. Saper yang dtg umah aku, mesti terkejut biler aku hidangkan air dalam cawan nih. Ada yang mengutuk dan tak kurang yang memuji. For me nothing else matter..as long aku suka kan? And guess what? This kopitiam set is me n kie's faveret cup and saucer.

*sigh*




p/s: Aku baru jatuh terduduk kul 4 tadi. Sakitnyaaaaaa bukan kepalaangggg!!! Dah lah tak jadik ke physio..jatuh plakss.. tolong2!! Tak tidur la aku mlm nih.. huhuhuhuh
 

Blog Template by BloggerCandy.com