Friday, August 28, 2009

.kisah seorang bini yang duka nestapa.

Chores yang dilakukan oleh sang bini tanpa bantuan sesaper:

HARI BEKERJA

PAGI

1. Buat susu dan tukar pampers anak2.
2. Hangkut anak masuk dalam kereta
3. Sidai kain yang telah di basuh malam sebelumnya
4. Mandi dan bersiap gi kejer

PETANG

1. Kerja
2. Balik dari kerja, mandi
3. Bersiap utk dinner malam
4. Masak sambil basuh pinggan dalam sink
5. Sementara itu, layan anak2 main dan pasang cd
6. Mandikan anak2..pakai pampers.. suap anak makan..

MALAM

1. Hidang makanan untuk suami
2. Basuh pinggan dan periuk belang.
3. Tukar pampers anak.
4. Basuh berak..kalau berak..
5. Buat susu anak.
6. Lipat kain.
7. Basuh kain.
8. Angkut anak2 dengan segala botol susu ke atas.
9. Layan anak2 sampai tidur.
10. Layan laki sampai tidur.
11. Tidur

TENGAH MALAM

1. Bangun malam bancuh susu anak pertama.
2. Tidur.
3. Bangun malam bancuh susu anak kedua.
4. Tidur.


Chores yang dilakukan oleh sang laki:

PAGI

1. Bangun. Mandi.
2. Start kereta.
3. Gi kerja.

TENGAHARI

1. Membuta
2. Gi umah sewa member..borak2 kejap.

PETANG

1. Ambik anak kat SIL.
2. Jaga anak sementara tunggu bini balik.
3. Bini balik, gi punch card dan mengeteh.

MALAM

1. Mandi.
2. Angkat kain.
3. Makan.
4. Keluar mengeteh
5. Balik Tidur.

Moral of the story, layak ker sang bini kena asyik kena marah gaks walhal dah buat chore2 seperti diatas?? Memang la kalau nak diikutkan tak elok mengungkit. Tapi biler dah kena hembusan rengus marah sang suami always.. sedikit sebanyak mesti sang bini terasa tak dihargai dan sedih kan? Kalau korang kena, what do you feel??


Tapi baru jer kejap tadi..hati ini telah gumbira balik dengan ini:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
pinggan idaman kelebu yang dibeli sendiri... nothing else matter dah..

5 comments:

Wada said...

memula baca, ala2 keji gak la... tp bila nengok vantage tu, adoi besssstttt nya... sabo fara, tu la kalau hati dah marah, semua macam nak ungkit. bab mengeteh tu, mmg dah macam SKT diorang kan... sampai tgh malam pun tak pe, tetiba balik umah macam x cukup2 tdo... tp apapun, wlp dia bising2 dia kan tetap sayang ko, belanja ko memacam... (simbah air kasi kul)

farah : m0mma HD said...

.......hehhe..standard ler
aku pon penah kena
tp skali skala kena kauseling balik org laki ni

bukan nak menderhaka..cuma x mau cerita jd lebih tragis kan

aku sonot tgk VANTAGE baru ko tu
tp agak terkilan bile..." yg dibeli sendiri"...cehhh
ingatkan laki ko yg beli kan...

iswatie "colours of life" said...

tabik spring la hang buat semua...kalu aku dah angkut beg lari rumah kalu laki aku x mo tolong..skrg lg baguih coz dia x mo tolong..dia tolong crkan aku maid...caitttt


but aku suka hang reward diri hang tuh dgn vantage.....apa lagik lps nih kalu hati gundah gulana beli lagik tambah koleksi

Miss Moon said...

hahhahahh memamng penat kan jadik pompuan neh ...tambah plak nko lagi la kan ...sian nko ...tak pa ...nasib baik vantage tew mampu wat nko tersengeh

fara nko minat ek vantage2 nih ...ha kat kajang ada 1 kedai best ...aku rasa kalau aku duk dalam tew dari tengah hari samai berbuka pun tak pa hahahhah a. nanti kalau aku nampak apa yg best utk umah nko aku belikan utkk nko ek tapi tak ler yg mahals mahals ....hahahha

Mama Hakimi said...

ye farah... betul.. apa yg ko tulih tu.. dan kita slalu jadi mangsa kena marah.. kalau ada yg xkena sket kan?

sabooo saboooo... ku jua memahami apa yg ko rasa...

 

Blog Template by BloggerCandy.com