Monday, August 24, 2009

.Selamat! Selamat! Slamat Hari Raya!.

SELAMAT! SELAMAT! SELAMAT! SLAMAT HARI RAYA! ARMPUN MAAF DIPINTA, MENCUCI HENING DOSA. HO! HO! (Siler nyanyi ikut lagu Jingle Bells yer..muahahahaha)

Sabar! Sabar! Aku tau awal giler kan nak wish SELAMAT HARI RAYA! Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur lalu telah ditelan lalu dijamah dan didigest dalam perut ku..lantas diacu menjadi ketul2an di dalam lubang tandas.

PANGGG!!!!!

Siler.. siler..siler pang saja diri ni. Sebab jiwa tengah kaco nih.. hehehehe.. So macam mana posa? As for us.. ari pertama sahur jer...pahala posa aku dah berkurang seawal pukul 12 tgh malam.. Biler aku yang baru nak lena ini..(setelah melayan nurrrr nurrrr nurrr kasihhhhhhh... then melayan gaks Overhaulin')... dikejutkan oleh suami ku yang penyayang dengan nada penuh kasih dan mesra...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Woii!! Woiiii! Kul 5 dah nih! Kul 5 dah nih! Dan menggerakkan aku dengan belaian yang boleh membuatkan jantung aku kuar sambil mengucap...dan masuk balik di tempat asalnya..

Apakah perasaan anda apabila jam di hp baru pukul 12.05tgh malam!!!????

A. Peluk cium dengan penuh damba laki itu, sambil mengucapkan Thank you sayang...
B. Terkejut dengan penuh sopan santun, Opocot yang nih.. Terkejut i tauu..
C. Kasi elbow kat tulung rusuk dia sambil berkata, Yang, tidur la balik..baru kul 12.
D. Kembiri sahaja laki itu.
E. Tiada di atas..

Jawapan aku ialah E. TIADA DIATAS. Sebabnya jawapan aku haruslah, ambik air panas dalam thermos di side table, dan jirus ke atas badan dia.. Lalu di siat2 kulit yang tengah mengelupas lalu di kering kan di ampaian dan di jahit semula kepada badan yang empunya laki.

Kan dah habis pahala aku awal2 posa dah. Disebabkan kesopanan laki aku itu, aku telah mendapat migrain sehari suntuk sebab terkejut dengan kejutan mambran laki aku itu. Biasalah jawapan aku mestilah kill 'em all punya jawapan. Walau hakikatnya aku nih cukup susah nak bagi panahan asmara kepada laki aku. Hahahahha batak kan? Sangat batak rabiikk!!!

Ok ok ..habis sudah posa aku bagai. Biasanya early posa, tak kiralah hari minggu ker hari kerja ker.. mesti berbuka posa di rumah PIL. Aku kan konsep saya yang menurut perintah. Dah la raya kat sini nanti. Tak tahu lagi nak balik ker idak Ipoh. huhuhuhuhu So for the fes day of break fasting, aku tak lah masak..sbb MIL aku masakkan.. Aku hanya buatkan pudding fruit cocktail alagappas.. marvelouss! Licin 2 mangkuk tingkat pudding itu. hehehhehe

As for the 2nd day, still berbuka di PIL's. Dan tak perlu masak2 bagai. Kie gi beli ayam golek dan kuih2 yang lain2. Selamat hari jadi... Aku masih sakit pala lagiks. Malehnya la nak pk apa2. Padahal leh jer masak apa2 untuk bawak ke PILs kan. Tapi sangat tak best. Sebab posa dan pala sakit ngung ngung ngung.. Imagine that. Masak lagi utk anak2...kerja umah pun tak buat.. Buat lagi pangai kejutkan aku macam nak bunuh orang...

And for the 3rd day..yakni ari nih.. aku telah selamat. Selamat hari raya.. Dah tak posa.. hahahaha.. *develish grin* Tapi tulah..fes day..rungsing aku. Dgn peyed painnya.. ngan kaki crampnya..

*sigh*

So, SELAMAT HARI RAYA! (untuk aku dan kaum seangkatannya..) hahahahahha Ari nih aku half day, sebab nak gi physio petang kang..

p/s: hehehhehehe



1 comments:

Miss Moon said...

wey nko amats ganassssssssssssss tapi nko jahit balik kan kulit tew ...hampagas tol..................

sian nko migrain < hulur panadol > ha gie makan cepatssssssssssss ekekekke


wey nko apa kes nih over excited nih ke pas nko terkejut tew ada acara lain sementara tunggu waktu bersahur ?

 

Blog Template by BloggerCandy.com