Thursday, August 27, 2009

.Ikan Bakar Monetenize.

Kenapa monetenize? Sukahati aku lah nak type apa.. tgh weng gara2 mlm tadi takder elektrik. Kua sana..kua sini..Izzah dan Imie menangis sebab panas. Kul 4.30am dah bangun untuk memasak utk laki tercinta. Cinta ker? leh la.. hiihihihihi

Jadinya semalamkan ada status ke pasar dalam YM aku. Aku beli ikan talapia merah ngan ikan kembung. Dalam pala otak dah set nak makan apa. Ikan bakar.. tapi aku tak tahu nak buat sos mcm yang jual kat Bazar Ramadhan. Klu beli yang dah siap bakar tuh, RM10 seko. Takder maknanya. Aku beli ikan tuh, beso tapak tangan baru RM3 seko.

Jenuh ym semua orang tanya resipi sos itu. Sib baik Anna came to the rescue. Tapi kena tunggu her mom came back from tadarus. Thank you Aunty! You such a life saviour. hehehehe

Her resipi (Ini aku letak untuk ikan talapia besar tapak tangan aku..agak2lah wehh):

Bahagian A

Bawang merah (3 labu)
Bawang putih (3 butir)
Halia (seinci)
Buah Keras (i omit this..sebab aku takder)

* Blend semua bahagian A. Tumbuk dulu buah keras tuh kalau nak letak. Kang bersepai plaks blender korang kalau tak tumbuk dulu. Nama pun buah keras. Then asingkan ke tempat lain.

Bahagian B

Cili Kering (i omit this..ganti dengan cili besar dan sambal belacan instant)
* Blend nih plaks.

Bahagian C

Asam jawa (secukupnya)
Serai (2 batang yang sederhana)
Garam (secukupnya)
Gula (secukupnya)

CARA-CARA

1. Tumis dulu bahagian A dan B sampai garing...kering.
2. Masukkan Bahagian C. Jgn biar smpi kering sangat part nih.. Kang nak spread kat ikan susah.

Dah masakkan, spread kat ikan yang nak di bakar tuh. Then letak kat grill dan bakar. And voilaaa!! Memang melatoppp!!! Seko tuh kie makan sorang jer. Hantu tul. Sib baik aku masak extra ikan kembung. Sebab tingat utk anak2. Anak2 pun makan banyak betulll.



picture di googled..sbb aku lupa nak ambik picca..


inilah ghuper sambal belacan instant yang aku guna.. makan jer.. tak yah letak air asam ker..lada ker.. dah pure podehh...


p/s: My dear moontok, aku dah hapload recipe yer.. muahhss! Thank you kerana mimpikan aku semalam.. hehehhe

0 comments:

 

Blog Template by BloggerCandy.com