Thursday, May 27, 2010

..nasi goreng udang walawala..

Aku mmg punya HB yang sangat low. Hev to admit that, aku selalu sangat pening melayang I believe I can fly version! Thus, bebila masa jer aku leh pitam. Just like that. Blackout itu perkara biasa. Tetambah pulaks pandangan yang macam tv takder dpt siaran mcm bee hives tuh.. Perghh! Annoying betul.

So bila ada unsur2 pening, aku akan masak something to do with seafood. FYI, I cannot consume too much of seafood hence the kerang, sotong dll. Sebab gue ada eczema. Tskkk! Nak wat camner itu semua nikmat Allah yang sudah di tarik balik. Pls dun ask me to eat hati ker pedal ker.. Tekak mak tak leh nak terima.

Walau bagaimanapun (kagum betul ngan ayat aku nih), aku memang selalu ada stok udang sikit kat umah. Tujuan utk di buat rencah sayur ker.. goreng2 ker.. Jadinya biler pening, terus bersabar sesabar yang mungkin. Balik umah, pasang CD utk anak2 sidek tuh. Then leks baring dan tidur dalam 15min.

Bangun bukak kain jer.. hehehhe.. terus ke dapur.. Kung kang kung kang kung kang.. Walllaaa sudah siap utk di makan.


+ nasi goreng udang walawala +

Bahan A (untuk ditumbuk):

Bawang Putih - 3 ulas
Bawang Merah Sederhana Besar - 1 biji
Udang kering - 7 ekor
Lada kecil (Cili padi) - 10 biji (aku suka pedas..jgn ikut aku..kang berjawab ke toilet kang susah..heheheh)

Bahan-bahan lain:

Udang sederhana besar - 5 - 7 ekor
Nasi putih - 1 pot
Lobak merah - dihiris nipis
Garam secukupnya
Kicap secukupnya

Cara-caranya:

1. Tumbuk bahan A sampai lumat.

2. Goreng terdahulu udang dengan tepung kentucky. Kasi krup krup krup sikit. Goreng sampai garing.

3. Guna minyak goreng udang dan tumis Bahan A.

4. Then masukkan garam dan kicap secukup rasa

5. Campakkan pula lobak merah itu.

6. Masukkan pulak nasi putih dan gaul hingga sebati.

7. Setelah hampir masak, baru masukkan udang yang telah digoreng tepung itu.

Senang jer!

Karbohidrat ada.

Protein ada.

Sayur ada.

Semua ada.

MAKANAN YANG LENGKAP!



Hah.. ambik satu minggu nih jer aku dah upload berapa byk gambo makanan. Hahahahahaha Biarlah aku. Tapi setiap kali pening, memang inilah ubatnya. Makanlah ubat pening setin pun, tetap pening gaks. Lepas makan nih, baru gagah aku nak mengharung dunia. Owh dunia laaa.. The recovery of the pening me!!!

Wakakakakakakak..

p/s: Ok tak kelakar.. Tapi this one easy recipe for us yang selalu hectic kejar masa nih..









..it's time to celebrate!!..

Giler entry ntah hapa2. Zaman tonan punya event..Baru sekarang nak upload? Hehehehe.. Sbb aku maleh nak kuarkan SD Card dari camera dabak itu. Hehehehehehe

Ok the real date was 3/4/2010! Siler alert! The event was in April. Sekarang bulan apa anak2?? Hahahahahha Lu Pikir La Sesorang! Hahahahahahahahahahha

Amaran entry ini aku rasa paling byk gambar. Sila muntah dulu baru tengok. Hehehehe Layan pic ngan caption jerlah.. Nih entry aku pun lupa nak elaborate menda.. hehehehe

Ini adalah in conjunction with Me n Mr Jukie 5th Anniversary, Mak's Bday and Abah n Mak's 42nd wedding anniversary. Our anniversary is the same date with Mak's Birthday. Memang saja aku pilih tarikh wedding nih sama ngan birthday mak.

venue kejadian: di Waroeng Penyet


anak dara saya yang dah besar.. dah pandai demand..dah pandai bergaya..



anak teruna saya yang dah ada unsur2 nak cranky..aku suh tidur petang tuh ko tak nak.. lantak.. maleh nak layan..


aiseyh terletak laks ayat2 kat muka dia nih.. nih sebelum merajuk..

lu apa hal? hehehhe


budak kepala besar yang banyak songeh sekarang


dpt susu sib baik diam kejap


my parents..


mak dan my 3rd sister..apsal gambo kakak aku lagi sorang takder ek?


apsal mak ngan abah aku nih serius nih?

budak dah start merajuk.. drama queen nan satu nih kalau merajuk kena stylo.. cuba nganga mulut..harus aku rodok ngan garpu tuh..

muka tuan blog di samping anak dara yang merajuk..

nih dah habis mkn..tunggu abah tengok game MU lawan Chelsea..

tgh pikir onar apa aku nak buat nih.. hehehhe

nmpk budak kepala besar nih? sib baik satu pusar jer..

aku lepaskan dia orang kat Lobby Cineleisure tuh..


tetiba ada budak lain join sekali..

budak yang buat aku geram..before beria ngamuk cranky bagai..nih ceria.. I believe I can fly..

lari la.. kang nangis kang.. memang aku bagi seligi sorang2..

yer encik2 dan puan2.. anak dara saya dah start ada baju pink.. hahahaha

walaupun dia byk auta dan sedikit pengaruh drama dari kakaknya.. tapi i just love cuddling him.. and he likes to be cuddle..

@ SACC Mall keesokan harinya..

mata Mr Jukie obviously..
oleh kerana takder seko pun kedai yang bukak.. maka kita buat macam umah sendiri yer...


sib baik takder basket picnic jer.. if not confirm kita leh picnic sekali..

tak best kat situ.. kita lepak tmpt lain plaks..

dan kita leh joget lambak..

Gambo makan2 takder. Bila dah makan, jangan harap la nak ambil gambo makanan. But we had ayam penyet, daging penyet, sate, gado2, air soda gembira, ais lemon tea dan much more. But we were satisfied with the food and suprisingly the price is not that expensive. Meaning that it's affordable! Berbaloi2. Makanan pun sodap!

p/s: Sekian saya melapurkan dari bilik berita.. hehehehehe

Wednesday, May 26, 2010

..kari ketam paling sempoi!..

Isnin lepas ada Pasar Malam kat taman aku duduk. Pergi dengan niat untuk membeli stok untuk PIL. Bila kat part ikan tuh, aku telah terjebak membeli ketam. Sebab aku tengok ketam tuh sangat fresh. 1kg RM18. Perghh! Ketam adalah sebesar tapak tangan aku nih jer. So beli lat 3 ekor. Kena RM9. Oklah tuh.. About half a kg kan?

So smlm operasi memasak ketam telah bermula. Sebab apa aku beli ketam, (fyi aku sangat jarang beli ketam.. jaranggggggggg sekali.. setahun adalah dalam sekali dua jer beli..sbb aku tak rajin menyiang! hehehe) sebab tetiba aku teringat ketam mak aku masak. Terus terliur di situ. Termengada plaks. Padahal dah nak balik Ipoh this week. Tapi kesian kat mak aku laks, klu nak suh masak.

So episode memasak pun bermula.



+ kari ketam tersempoist! +


Bahan-bahan:

3 ekor ketam yang sedang2 sizenya
2-3 sudu lada blend
1/2 kotak santan
1 sudu besar serbuk kari
Minyak secukupnya
Garam secukupnya
Gula sekumit
1 biji tomato

Cara-caranya:

1. Tumiskan lada blend sehingga pecah minyak.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya.
3. Masuk pulak 1 sudu besar serbuk kari.
4. Tumis hingga sebati.
5 Then letak kan ketam2 itu. Gaul hingga sebati.
6. Masuk kan santan.
7. Tunggu sekejap smpi masak.
8. Letak kan potongan tomato.
9. Biar kejap, then leh angkat dah.


Senang kan?



Oleh kerana lada kering aku tuh jenis pedas.. Jadi ketam alagappas aku nih menjadi bapok pedasnya! Tapi habis. Mr Jukie duk ngomel2 kenapa buat pedas sangat. Aku cakap la lada kering tuh pedas. Tak tahu laks pedas. Tapi habis gaks 2 ekor ko bedal. Isk isk isk.. Tuh namanya pedas tp sedap yang.. hehehehhe


p/s: Aku tak bertanggungjawab ke atas sebarang kelakuan terliur..keluar air liur.. keluar hingus dan lain-lain.. hehehehheh



..how i wish it can be true..

Not long ago.. we went to Houz Depot in search for Mr Jukie Spanar jaya. Yes y'all. I'm married to a mechanic. Well he's not a mechanic by profession. But he is able to repair a car. And yes, ever since we bought our car, we dun go to any workshop.. for whatever reason. Mr Jukie did all by himself.

And currently he is into venturing some sort of part time with his Mengeteh Gang, to repair cars. Bagus! Bagus! Takderlah aku hangun sangat ko gi mengeteh 24/7 kan. So we went to KL..same day masa ari gi umah my biras kat Alam Suria, Bkt Jelutong tuh. In search of the right perfect spanar tuh, we thought of going to Ace Hardware. But at Ikea junction, he made a U turn and went to Houz Depot instead.

It seems that there's a huge different of price between KL and Temerloh. So he bought the Spanar. Walaupun in his mind, dia nak Mr Mark. But takder pulak kepala 12 tuh. So beli jenama lain. Eventhough he said that KL is cheaper, but it was RM37.90 for a spanar! Wah! Tapi dah dia kata murah compared to Temerloh, aku angguk jerlah.


yer budak berdua nih pun sibuk nak cari spanar gaks


I heart Houz Depot! Dia macam warehouse of household goods. From tiles to curtains. From laminated floor to electrical appliances. From house deko to toilet bowls. From tools to furnitures. You name it. They have it. They also have the spinning shoe rack for less than RM200. I almost bought it. But as usual kena tarbiah ngan Mr Jukie. Sbb kasut boot ko tak muat kan yang, tuh sbb tak kasi saya beli kan? Jeles sebenarnya laki aku nih. Muehehehe.. Keji sbb tak dapat beli.. hehehe

inilah ghupernya spinning shoe rack yang aku tak dpt beli itu.. pics googled..


Kat houz depot ada gaks jual yang fabric hanging wall deco tuh. Yang Moon buat sendiri tuh. Sini ready made. Starts from RM27.90 ke atas. Lagi besar lagi la mahal kan...



macam nihlah ala2 ghupernya.. pic googled


Tapi yang paling aku terfallen ialah stove seperti di bawah. Giler mantap! Stove dia dah bley buat grill dah. Ala2 macam grill kat Channel AFC tuh. Perghhh...! Aku leh bayangkan kalau masak, keluar api dari bawah kuali tuh.. then kalau grill tuh.. daging di bakarrr siap ada bunyi "sssssssssss" Perghhh.. terkeluar pulak air liur aku nih.. Tapi yang paling aku suka..tengok oven tuh.. Gilerrr!!! Leh masuk baking pan 3-4 sekali nih. Mantoppp!!!!

Rega? Dekat RM5K!!!!!!!!!!!!


Padanlah mantop kan! Takper.. Kasi berangan duluks. Mana tau leh dapat kemudian ari ker? Sila la buat kaunter top kasi space utk stove ini. Huh berangan! Tanpa berangan dan angan2, tak der la nafsu untuk berusaha lebih baik! Stoveee tungguuu aku di sannnnnaaa!

p/s: Owh mimpi stove lagi best dari mimpi Edward Cullen.. keh keh keh keh..






Tuesday, May 25, 2010

..over her dead body..

Every now and then.. I make sure that I have time for myself. It kindda hectic you know.. life with work..kids..husband..housechores.. endless housechores!.. but not that i'm complaining. It just that sometimes, I just can't breathe. I need a break!

So bila anak2 sudah tidur.. owh make sure that they are really2 sleeps before you make a move to downstairs. Bukan takder tv kat atas. TV atas takder disc player dowh. hehehehehehe Lagi satu TV bawah besar sikit. Puas sikit tgk. Hik!



sila abaikan kaki aku yang panjang menjela itu..


So malam yang gelap beberapa malam yang lalu.. ambo dengan raso rendah dirinya.. menengok dvd yang hanya kaum wanita sahaja yang memahami. Anak2 sudah tidur.. merangkak la sang ummi ke bawah untuk memasang dvd. Lagi bagus, sbb hari minggu sang suami mmg takder.. Gi mengeteh tak habis2.. sampai tahap mungkin dah ada punch card kat kedai minum tuh..sbb dok mengeteh sokmo..

yer yer letak lagi azdra@blogspot kat peha.. memang sah peha itu azdra yang punya.. uwaaa


Bagus jugak dia kuar mengeteh. Takderlah ganggu aku nak berfeeling2 bagai. Watching Over Her Dead Body while eating Potato Chip dan Perl' Cafe.. Heaven! Lepas tuh ko gaduh ko gemuk la apa la.. sekeh gaks! Hehehehehehehe...

p/s: Orang lain dah berkurun tengok citer nih.. aku baru nak tengok.. itu pun gaduh auw2 ngan Mr Jukie.. sbb dia nak beli dvd letup2..aku nak yang ada romance2 sikit.. heheheheh

Monday, May 24, 2010

..a retail therapy..

Orang duk sibuk beli handbag la.. baju la.. kasut la..


Aku sibuk ber-retail therapy ngan menatang ini.






Last piece. Mmg dah lama nak beli cake tier nih. Tapi tak beli2. Walaupun Vantage kat Sogo ada 50% less.. ada pulak cake tier nih.. tapi hati sudah jatuh pada ini tier. Call me weird. Tapi aku sejak dah kahwin, dah ada anak.. nafsu utk membeli handbag dan kasut sudah kurang. Tapi cuba klu nafsu tuh datang, sampai 4 handbag aku beli. Hik!

Kalau nafsu tuh dah takder, nafsu membuak2 kepada dinnerware..tableware..tea set..dan set2 yang lain..hahahha.. lepas tuh kena lempang ngan Mr Jukie. Sib baik masa nak beli dinner set vantage yang 50% off tuh.. kena tarbiah ngan Mr Jukie. Sbb aku kol dia masa dia jaga anak kat playroom..

"Awak nak bawa set-set tuh ke kubur ke? Yang dalam kotak pun tak pakai lagik..Kalau nak beli pun, beli yang kecik2 jer.."

Slow jer dia cakap. Tapi menusuk kalbu. Tsskk!

Oklah..aku insap dah nih. Tapi dah dapat green lite beli cake tier nih. Tengkiu larling. Ntah apa aku tengkiukan ntah. Bukan kuar duit dia pun. Owh baru ingat, tengkiu sbb bagi restu. Baru berkat barang yang di beli.

Muehehehehehehe..

p/s: Cantik tak yang ala2 kek kat atas tier tuh? Itu bukan cake.. faux cake pun bukan. Tapinya di buat daripada tuala.. Sila2 kalau nak tempah.

Sunday, May 23, 2010

..sesekali ku rasa teringinn..

Jam ini yang membuatku tidur tak lena.. mandi kerbau.. makan bersepah...

Best kalau dapat jam ini, tapi bukan dari duit aku. Hehehe.. Kalau ada orang belikan lagi mantap!

Owh aku sebenarnya nak cari jam yang pompuan sikit. End up, aku hooked on this watch. Giler! Tolong la fara.. anak dah 2.. engko bukan muda lagik. Carik jam feminin sikit bley tak? Nih dah lah jam jantan.. oren laks tuh.. Macam la ko cerah sgt nak pakai jam oren. Ingat comel?

But.. ada aku kesah ker?

Kakakakakakakakkaka Aku hint2 menatang nih kat Mr Jukie. Dia kata buruk, huduh dan lain2 lagi. Asal aku hint jer, ko kata buruk.. Asal aku hint jer, ko kata buruk.. Apakah? Sebenarnya ko jeles kan. Ko tak leh pakai jam kaler oren kan?

Pelempang sekalik!



Dah la ada satu website nih offer rega yang cukup dinamik! Perlukan di rembat sendiri? Tapi aku kedekut. Tak mboh nak beli ngan duit sendiri. Kalau handbag takper. Hahahahahahha Mamps la! Tak leh dah nak beli handbag. Kalau nak beli gaks, siler beli handbag RM10 jer. Oklah tuh buat ubat ketagih. Dah overspend on handbag tahung nih...


p/s: Jujue, ko jerlah beli jam nih utk aku. Ok? Hik!

Friday, May 21, 2010

..Beguiled by Arnette Lamb..

I'm currently reading this book. Yer cover amat scary. Beli kat Payless Bookstore. 2nd hand book. (rasa cam 3rd 4th hand, klu tgk cover dia..hehehehe) Tapi tak kisah, as long bley baca. Heheheh.. It's listed under romance category. Aku kan romance medieval freak! So biarlah aku dengan dunia aku.



Belum habis lagik. Tapi secara sinopsisnya, heroin si Agnes Mckenzie save a widower Edward Napier's life. So tetiba2 si Agnes nih jadik bodyguard keluarganya. Huh girl power! Cayalah. So in the middle tuh biasalah jatuh senta sikit.. romance.. blah blah blah.. mesti ada.. Ending dia? Aku tak habis mentekedarah buku nih lagik.. InsyaAllah will finish it by tonight. Tunggu anak2 tidur baru leh baca. If not tak concentrate.

p/s: Minta la Mr Jukie tak buat pangai suh packing gi mana2 kang.. Aminn...




..the transformation of the mesin basuh..

Alhamdulillah..

Hari ini sudah beransur ok. Walaupun masih tak centre lagik. Hehehehe.. Tadik baru jer jatuh tangga.. gara2 aku rasa I believe I can fly.. terus jatuh melutut kat tangga.. Bapok sakitnya!

Tapi oklah dari semalam.. Syukran ya Allah.. semalam tak leh bangun langsung.. bangun jer terus berputar kepala otak aku.. bangun jer sure a huge wave of nausea struck me..and sib baik sempat aku ke tandas untuk muntah.. Dang!

Sib baik kul 11.30 am baru ok. Then leh la bangun. Makan. Mandi. Buat kek? Erkk.. apakah?? kekekekek.. Tapi smlm sebab dah boring sangat. Aku telah mencuba utk menampal sticker ke atas MESIN BASUH!!!!

Yeahhh.. you got me right. I stick it on my WASHING MACHINE peopleeee...


TADAAA!!!!


Bagi laluan kepada mesin basuh saya yang berusia 5 tahun nih. heheheheh Yer saya tahu dah takder ghuper mesin basuh dah. Biasalah... Lamo dah.. Hadiah perkahwinan dari adik beradik saya yang 4 orang itu...

p/s: Mr Jukie geleng kepala jer tengok mesin nih. Selagi tak masuk umah baru, selagi itulah aku meroyan main deko deko dekoooooo!!!!



 

Blog Template by BloggerCandy.com