Thursday, September 4, 2008

*´`·.¸¸.·´` biler sang suami masak´`·.¸¸.·´`*

Semalam En Zaki masak untuk berbuka.. Dia volunteer masak.. Biler En Zaki masak, aku sangat la blur. hehehehhe Aku macam tak percaya jer.. Ini laki aku kah? Tetiba jer dia tanya aku ada apa dalam fridge? Aku cakap ada ikan dan ayam. Then tanya lagi, potong bawang putih, halia, bawang merah dan basuh ayam. Saya masak!!! Woohoooo!!!!! Lepas masak..siap basuh pinggan dan kemas dapur.. Confuse mak kejap. Tapi Alhamdulillah..leh aku settlekan kain yang TIGA lori tak lipat tuh.. huhuhuhu Syukran! Syukran!



tuh dia lauk yang di masak oleh En Zaki..bayam goreng..(aku siang tak pakai pisau buk filla), ayam tuh sama jer.. satu togel..satu ngan sos apa ntah

ayam nih nmpk scary sket..tp rasanya not bad..yang aku nampak..kie marinate ayam tuh ngan bawang putih, merah, halia, black pepper, garam kunyit then telur. lepas tuh sos tuh aku tak pasan sgt, tp perasan ada sos cili ngan kicap.. waalahualam..

..::look a-like meter::..

MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celebrity - Collage - Morph

Langsung tak best.. Muka Imie more to abah dia.. cess..

Wednesday, September 3, 2008

..::posa kami::..


Aku pernah cakap tak yang aku sudah lama tak masak? Dah kan? Tambah pulak masak big portion macam nih. Big ker? Tak lah big sangat. Hehehehehehe Tapinya memakan masa jugaklah. Dengan budak berdua yang meragam tak hingat. Dengan mana yang nak menumis.. mana yang nak menggoreng. And since umah kami, macam ala2 studio apartment, all in one place, harus anak aku izzah pun turut interframe kat dapur. Skang nih sudah ada pe'el baru, di mana suka tanya aku macam2.


Apa tuh, mak?


Itu apa, mak?


Buat apa, mak?

Bayangkan tengah2 sibuk terkejar mana nak on washing machine..masuk softlan selepas rinse tuh..then nak jaga ikan..then nak basuh pinggan..masak nasi..segala macam benda aku nak buat in one time..tetiba tanya aku macam2..Soalan pertama kedua leh la aku jawab. Untuk soalan yang ke 36..mau tak angin aku..RUNGSING GILER! Sib baik aku nih makluk penyabar. Kalau tak, dah lama aku sangkut dia kat dinding...hehehhe Lagi satu panggil aku mak. Sebab maybe sokmo dengar kami panggil wan dia mak kan.. Tapi tang nak suh buat susu, pandai laks panggei ummi? huhuhuhu

Then curik2 kidnapped bawang aku yang sudah dihiris. Aku masa tuh tengah concentrate goreng ikan. Aku paling jer, aku tengok quantity bawang yang sudah dihiris sudah kurang. huhuhuhhuhu Tengok2 izzah tengah mengunyap bawang merah depan tv. Aku nak marah pun tak jadi. Sebabnya aku nak tergelak pun ada. Dia ingat carrot kut. Sebab klu carrot, tak habis aku potong semua, dia dah kidnapped 2 3 kucing berlari. Sebelah bawang tuh ada chilli yang dihiris gaks, sib baik bijak bistari tak ambik. Kalau tak, satu Temerloh boleh dengar tangisan bulan madu dia. huhuhuhuhuhu

Oleh kerana aku tak posa, tapinya aku sakit pinggang, aku masak gaks untuk kekasih gelapku. (memang gelap okeh..klu dalam gelap..nampak gigi jer..hehhehehe..armpun yangg..tobat tak buat dah..heheheeh) As usual, kalau aku tanya kie, dia akan jawab goreng jer ikan. Then? Itu jerlah. Nak masak apa lagi? Itulah laki aku yer yang berhormat sekalian. Sangatlah suka mengunderestimate kemampuan aku sebagai seorang isteri yang power rangers.. Hahahahhahahahahah

Menu berbuka kami ialah, NASI PUTIH (memang la kena ada nasikan), BAYAM REBUS, IKAN KEMBUNG GORENG (laki aku nih hanya makan ikan kembung yer cik salmah sekalian..), SAMBAL IKAN BILIS, SAMBAL TUMIS IKAN TALANG (yang mahal nak mampus masa aku beli..besar tapak tangan aku nih jer..dekat RM10) dan juga LAKSAM MIL AKU!!! hehehehehhe


harap maaf kualiti gambar tak memuaskan..sebab aku pura2 pegang handset kekonon aku nak type msg..tp menghala ke lauk..heheheh sbb en zaki ada kat situ.. malu aku siut nak ambil gambar.. kang kena zaasssss..bernanah tinger aku nnt..hehehhehe

Thursday, August 28, 2008

..::izinkan aku meroyan kejap::..

Leh aku buat topic gonzalez mcm tuh? Aku perlu meroyan kejap. Sebab aku buntu nak buat menda kat opis nih.

Macam cilanot pun ada. Masuk opis berkorbar2 aku nak buat kerja (aku mmg berkorbar2 masa waktu pagi sajorkk), then on pc..tgk icon komputer kembar tuh ada kat status bar, aku terus on YM then nak upload picca kat fp. Tapi haremmmm! Semuanyaaa haremmmmmm! Macam barbie doll kena pecah muka pun ada. Paling bangsat biler system account aku pun tak leh nak connect!!!!!

Aku tak suka bila early in the morning, semua benda screw up bisa bikin menjahanamkan diri aku. Aku tak sukaaaaaaaaaaaaaa! Dah la semalam aku try key in semua benda dlm system nih, lepas tuh nak save kuar menate dialog box UNKNOWN ERROR OCCURED plz contact your lancau administrator!

YM ngan kejer sambilan mcm upload picca kat fp, adalah wajib bagi aku sebabnya aku perlu untuk tidak berada dalam keadaaan stress bila buat kejer! Aku deal with figure! Ada sekali bila aku concentrate buat kejer, balik umah aku hanya nampak nombor2 sahaja..Then mata aku berair merah mcm pontianak kena sakit mata!

Aku bab kejer nih aku mmg cepat sangat aku meroyan! Coz I took my work seriously! Walaupun aku buat kejer pegawai tapi gaji aku ciput i.e AKU NIH UNDERPAID! Lagi la macam gonzalez kena lenyek ngan road runner! Tapi aku buat kejer aku sehabis baik mungkin. Walau mcm mana aku tak belen sekali pun. Aku akan campak ketepi dulu, godek2 mana yang patut..tengok siling atas aku nih..gi tgk sungai pahang belakang opis aku nih...then aku kutip balik benda yang aku campak tuhh..

Arghhhhhhhhhhhhhhhh! Sangat mangkuk ini hari.

Then tengahari dah ok dah sytem semua bagai. Tapi ko ingat ko dah ok, aku nak buat kerja??? Sila pergi buat taik dalam tandas! Sangat menyakitkan hatiiiiiii! Lenkali baik takder jer system bagai semua, kalau hidup nak menyusahkan aku. Menyemakkan meja aku ngan kejer tertunggak yang sepatutnya leh settlekan hari nih. Dah la aku baru naik kejer after TWO bloody weeks. Kejer dah confirm la banyak dan menyemakkan pikiran aku. Nih dah akhir bulan! Next week aku nak close account dan buat report laks. Macam sundal haram kena katuk ngan kapak pun adaaa!

Aku bencccccccccciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

Sekian, terima kasih.

p/s: By the time aku habis type, telefon pun berbunyi ring ring ring. Fara sila buat claim saya. Macam lampirstilskin. Ko ingat aku nih gundik ko, ko suh aku buat claim ko? Carik gundik lain yang boleh ko suruh sarahkan! Huh aku lupa nak edit balik template nih..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Tuesday, August 26, 2008

..::akhirnya setelah DUA minggu::..


Akhirnya..after TWO weeks.. I'm back! Glad to be home.. Walaupun episod suka lana dan tidur cukup sudah berakhir..tapi honestly there's no place like home. Miss my kid n Mr MZ so much. Sangat chenta lana..hehhehehe Bila balik Izzah dah dapat tabiat baru. Spoil sebab duk ngan wan n toknya. Bila tak dapat menangis mcm nak giler. huh.. Sib baik aku ummi terpimpin.. Layan jerlah..



Dah DUA minggu tak masakkan. Bestnyalah. Then tetiba nak masak balik, aku blur bleh? So last weekend, aku masak ala carte jer. Sib baik Mr Mz tak cerewet.



roti goreng ngan sambal sardine



tetiba ada capati sekeping..masak sekali



dan tak lupa juga nescafe...my body partner..auwww!



dan tak lupa budak gonjeng dan budak smily face nih..hehehe



dan tak lupa lunch kami..sayur campur (guna black pepper sauce sbb oyster sauce habis..hahahha), kicap utk cicah ayam dan ayam goreng berquaker oat yg pedas nak mampus...hehheheh

Malamnya aku tak masak ok. Sbb aku penat membasuh baju 4 trip, selain baju-baju aku, En MZ tunggu aku balik utk basuh baju dia dan anak-anak. Sangat penat. Kami dinner kat umah MIL sajorkkk.. Sonang citer... hahahahhaha

p/s: Will update the 2 weeks k..

Friday, August 1, 2008

..::b.l.a.n.k::..





.B. L. A. N. K.
i can't describe how i felt now
simply because it all coming back to me now
how i wish he was different
how i wish he care
how i wish he really care
how i wish he carry the burden, i carried all this while.
i just need a mere pat on my head
i just need a mere kiss on my forehead
i just need a 3 seconds hug
i just need to be told that you love me
i just need you to hold me
and never let go....
but now, feeling insecure
feeling not love
feeling sad
feeling so sad
feeling like someone stab to my heart
piercing the sacred love
that belong to me
feeling negelected
i am sad
i am lost
i am insecure
but i know
all the feeling will be gone
by the time i close my eyes
tonight
and tomorrow
there will be
the usual routine
and all be forgotten...

..::sahaja aku bekfes pagi ini::..

Sahaja aku bekfes pagi ini, kerana Allah taala....

Hari nih, tetiba aku sangat rajin buat bekfes untuk di bawa ke ofis. Padahal lepas jer masak untuk dinner, aku terlepek keletihan. Hajat dihati untuk sidai baju yang dah dibasuh. Tapi dek kerana keletihan aku maleh dan terus tidur. Imagine that. Tengah tengok berita, aku terlelap. Then aku terus bangun nak isi air dalam flask dan angkut anak-anak naik ke atas. Sebab aku memang nak tidur sangat. Tetiba Izzah yang sedang tidur, batuk dan terus muntah-muntah. Terus jegil jer biji mata aku. huhuhuhuhuu Tapi Izzah dah ok. Dia memang macam tuh. Tak leh lebey nangis, lebey jerit sure muntah...huhuhuhuhu

So hari ini aku bawak rendang daging ala mak aku ngan kuah durian untuk dicicah bersama roti.


rendang daging ala mak aku masak tapi tak cukup syarat. daun kunyit takder.. hehehhe


Kuah durian untuk di colek bersama roti tapi tak cukup syarat gaks. Daun pandan takder. hahahahha

Lepas tuh aku terus ke toilet. Sebab rendang itu sangat pedas. Dan kuah durian itu lemak manis. Hahahahahahhahah Ready to rumble terus perut aku... Hahhahahahahahahahah

 

Blog Template by BloggerCandy.com