Tuesday, November 29, 2011

..fire and ice..

Wah cuti wiken yang panjang! I am sure that many of you sure plan baik punya for the long wiken. Aku plaks suppose balik Ipoh, tapi tak jadi.

:(

So untuk mengubat hati yang lara, aku telah membuat kerja2 make over umah yang memang over. Sebab umah sekangkang kera, tapi punyalah poyo mengubah posisi bagai kedudukan sofa, lemari, cabinet yang balik2 aku letak kat tempat yang sama juga. Belum lagik aku mengelap kipas2 yang kehabukan . Belum lagi membasuh demi basuh kain2 yang tak habis aku basuh. Tuh baru Jumaat alone. Lum lagi masuk hari sabtu, ahad dan juga isnin!

Kie suppose to bring us somewhere over the wiken, untuk ganti waktu yang patut aku balik Ipoh, but then dia asyik menyimen, memasang bata tak habis2 yang aku confirm tak paham kedudukan pentingnya kerja2 itu. Killing the time? Huh I almost kill him la wehhhh!!!! Giler sengal aku dok umah yang balik2 aku habiskan masa dengan tengok dvd.. dvd tengok aku.. habiskan Criminal Mind yang dicilok dari umah Ipoh, yang mengakibatkan aku trauma apabila nak tidur.

Siap aku pulak yang jadik unsub dalam mimpi aku tuh. Cilanat tul!

Owh yer.. aku dah habis baca p/s I LOVE YOU! Time aku nak nangis jer, aku tutup buku. Time sebak jer, aku sorok buku bawa bantal. Hahahahaha I know.. drama! Tapi dah habis akhirnya...hahahahhahahabis hazab aku baca sambil nangis2 nih... Then lepas aku buta tuli nak baca apa, aku end up again baca buku Fire and Ice by Julie Garwood.


Yer aku tahu, another book by Julie Garwood. Aku kan Julie Garwood fan. So this is not a medieval romance..tpnya modern romance.. hahahahhaa romance tetap romance..walaupun dalam buku nih ada meletup2..tembak2.. blood all over the place.. tinggal kaki jer, sebab yang lain kena baham dengan polar bear.. tetiba ada Polar Bear..lum aku citer pasal pack of wolves lagi.. hehehehehe

Roughly ceritanya adalah seperti berikut:

In the book Fire and Ice, Sophie Rose is a crime reporter at a major Chicago newspaper and the daughter of Bobby Rose, a charming gentleman and big-time thief. When asked to write an exposé about her notorious father, Sophie quits and goes to work at a small newspaper, covering local personalities such as William Harrington, the 5K runner whose trademark is red socks. Those socks—with Sophie’s business card tucked inside—are practically all that’s found after Harrington is killed near Prudhoe Bay, Alaska, seemingly in a brutal polar bear attack.
Sophie heads north to investigate, but danger follows in her wake. After one attempt on her life, she’s assigned brash but sexy Jack MacAlister as a bodyguard. But Sophie and Jack will soon be fighting more than their growing passion for each other. Powerful forces will stop at nothing to prevent the exposure of the sinister conspiracy Sophie and Jack are about to uncover.

Amacam? Comel tak jalan ceritanya. Actually the character Sophie Rose dan Jack MacAlister adalah merupakan watak yang mempunyai link dengan other buku oleh Julie Garwoord. As matter of fact, buku Murder List yang ada watak Regan dan Alec, merupakan kawan baik rapat pada Sophie ngan Jack nih. That's why aku suka jer citer Julie Garwood. Sebab setiap novel yan di publish, mesti ada 2 3 kucing berlari yang relate to each other.
 
Faham? Dok fahang? Takder hal.. Kena beli or read PDF file baru leh faham. If not the main book alone pun dah leh gi dah. Sebab jalan ceritanya pun dah strong untuk berdiri sendiri.
 
p/s: huh lepas nih tak tahu aku nak baca apa dah.. aku sakit pala nih..
 

Friday, November 25, 2011

..syyyy..p/s: I LOVE YOU!..

2 3 menjak nih aku telah memberanikan diri untuk membeli buku yang bukan dalam list aku. List aku mestilah yang jiwang tak brutal, bunuh2 sikit.. kebabo tapi ada unsur romance..then mysterious sikit..lepas tuh romance balik.. i slit your throat..u slit mine.. lepas tuh romance balik..

Pendek kata aku akan terus jatuh cinta pada buku2 bercorak romancing i.e the medieval romance model.. muahahahahahha.. Tetiba ada org offer buku2 yang bukan taste aku.. But then, since it is preloved i.e jual pada kadar yang 1/2 price... aku pun belilah.. Heck! Eventhough it is preloved, book tetap buku!

;)



Buku adalah di beli setahun yang lepas.. tapi lum mencuri hati ini lagik untuk membaca.. tambah pulak biler ada orang kata karya Jodi Picoult, agak complicated sikit. Lepas tuh Cecelia Ahern nih pun kalau ko tak reti nak baca, juga agak susah nak faham..

Ah masakkk!.. Aku dah beli dah nih.. nih yang malas na nak beli buku2 yang bukan habitat aku nih.. aduhai.. tetapi since aku dah bohsan.. aku telah memberanikan diri baca semua buku dalam gambar tuh.. except P/S: I LOVE YOU!.. kemon la.. citer notebook tuh pun aku yang macho lagi gagah perkasa nih membaca dan tgk movie nih, terus berderai2 air mata macam ayor pancor lagaknya.. siap sedu sedan mengalahkan tenuk menangis lagaknya..

TENSI MAK!

Aku tak leh baca citer yang boleh buat aku nangis2.. Kang aku stress.. hahahahaha.. tapi since aku dah bohsan.. baca The Confession tapi aku cam hilang ingatan kejap biler kena gangguan dari anak2.. kejap2 aku ulang balik..kejap aku flip back previous pages.. kang kang aku letak jer balik dalam rak..

Tetiba terpandang buku P/S: I LOVE YOU nih..



Ok ok.. apa lah sangat citer sedey2 nih.. leh punya kalau nak baca.. gambate! gambate! banzai! banzai! tetiba nak baca buku nih pun leh meroyan.. Dengan gagah perkasanya aku membaca.. tak habis lagi sebenarnya.. sebab by chapter 5...















































............aku menangis...pangsapuri tul!

p/s: giler drama.. hahahahahha


Tuesday, November 22, 2011

..tuesdays with Morrie..

...ari nih ari selasa kan? so aku nak citer baju buku yang aku baru habis baca last wiken. Citernya bertajuk Tuesdays with morrie.. Aku rasa bagi penggemar buku, buku ini dah citer basi dah. aku baru terhegeh2 nak baca.. Masa balik Ipoh awal bulan nih, aku cilok buku adik aku with permission of kos. Buku nih jer pun yang dicilok, sebab kotak terbuka masa aku dok susun kotak2 dia kat bilik belakang..

So apa aku nak citer sebenarnya nih, maklumlah dah lama tak ber blog..nak start the engine balik utk berblog adalah liat kepialu kan main aku nak start balik.. heheheh blame on too much downess happen recently in my life.. membuatkan blogging adalah di tahap tenuk.

Caittt!



Buku ini adalah sangat best! Sampai nangis2 aku di buatnya, sebab dok imagine kegigihan seorang manusia yang tak pernah putus asa dan always think positive! Ingat senang nak cari manusia macam tuh? Gigih, Tak pernah putus asa ngan positive thinker???  Nan ado nok! Nan ado!



Sinopsis:

Tuesdays with Morrie is a true story about sportswriter Mitch Albom and his favorite college professor Morrie Schwartz. During Albom's undergraduate years at Brandeis University, when he takes every class taught by his mentor, he and Schwartz form a bond that goes beyond the typical student/teacher relationship.
Tuesdays with Morrie is an inspiring book to all, and it talks about Albom's contact with Schwartz during Schwartz's last days. It is named as such because they meet up every Tuesday, where Schwartz gave lessons to Albom, talking about love and life and everything possible under the Sun. This book is actually a compilation of Albom's recount of Schwartz lectures, quotes, experiences, and conversations. Albom was taught to encompass acceptance, communication, love, values, openness, and happiness. He learnt that life would not, and could not be complete if people never learn to let go, to love one another - even the negative sides, because they are all the gift of nature.


Antara faveret quote aku.. simple but yer meaningful and inspirational...

1. "A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops" - Henry Adams

2. "turn on the faucet. Wash yourself with the emotion. It won't hurt you. It will only help. If you let the fear inside, if you pull it on like a familiar shirt, then you can say to yourself, 'all right, it's just fear, I don't have to let it control me. I see it for what it is.' "


3. "Wherever i went in my life, I met people wanting to gobble up something new." ...



4. "You know how i always interpreted that? These were people so hungry for love that they were accepting substitutes. They were embracing material things and expecting a sort of hug back. But it never works. You can't substitute material things for love or for gentleness or for tenderness or for a sense of comradeship."


5. "Money is not a substitute for tenderness, and power is not a substitute for tenderness. I can tell you, as I'm sitting here dying, when you most need it, neither money nor power will give you the feeling you're looking for, no matter how much of them you have."

And that my fren, is rather simple but meaningful! Buku nih nipis jer.. dlm satu malam leh habis baca. Tapi sebab aku nih byk benda nak layannya.. maka buku ini habis dalam masa 2 hari... ok make it 1 1/2 hari. hehehe.. Aku even stop buku The Confession sebab buku ini tebal, dan aku kena stop banyak kali dan menyebabkan by the time aku nak sambung, aku kena baca balik lagi semula 2 3 pages before untuk ingat balik apa aku baca.. huh penat! heheheheh

p/s: lega gaks biler dah berblogging balik nih.. leh ada tempat nak luahkan isi rempanan.. hehehe




Friday, November 4, 2011

..TADAAA!!!..

Angin takder ribut takder.. sibuk nak tadaa tadaa tadaa.. Oklah tak nak tadaa.. Tapi nak taadaa kan layout baru.. chomel! Giler puji diri sendiri.. bukan puji diri sendiri.. tapi layout dari yummylolly nih.. tahukah anda bahawa blog yummylolly telah di hijack semasa blogger weng duluks? isk isk isk .. so dah ada blog lain.. so kena cekidout the new blog url kat bawah sekalik..

p/s: itu jer nak update.. hehehe nenanti baru update lagik.. muahahahaha

Friday, September 30, 2011

..masih hidup...




kerana entry ini.. aku turut terjebak membeli magazine ini. Dah la hujan lebats to the max hadap balik tadi. Biasalah merempit. Confirm lenjun from head neck to toe. Serious lenjun hingga dripping2. Mr Lucky memang la lenjun kaki jer sebab dia pakai baju hujan. Sib baik aku pakai jubah hitam, so takder la extra clinging ke baju yang leh menampakkan syahwat bentuk badan yang tak berapa nak bentuk nih..

hehehe..

My opinion on this magazine.. would be... WOW! I mean like... WOOOWWW!  Berbeza dari magazine ID yang pernah aku baca selalu tuh. I AM AN IMPIANA and APARTMENT magazine fan. Aku tak pernah miss beli ini magazine. No matter what. Bahan bacaan yang secara tak langsung membuat dan memujuk hati yang lara leh jadi suka dowh!

hehehehehe...

Ada yang kena lempang hehehehe banyak sangat nih.. Back to glam deko nih. But then dah namanya pun GLAM DEKO.. of koses la confirmation dia sure GLAM! VAST! CHANTEK! TERBAAAEEKKKK!!! Magazine nih simple.. Appear 2 bulan sekali.. Simple but to the detail! Design umah contoh sikit jer.. but detail in explanation. Semua deko yang ada dalam magazine nih.. semuanya design dalam mansion.. but still ideallic.. (betul ker eja cam tuh??? belasahhhhh!)

Maksudnya ko still leh apply the concept into your own house.. dalam cost kita sendiri.. the idea is there.. but tertakluk kepada kita untuk mengolahnya... giler dah bunyi macam pakar ID ghupernya.. meh sini tengok umah ko.. banyak la cengkadaknya.. hehehehheh

Moral of the story.. magazine aku leh categorykan sebagai mag elite.. sebabnya? Dia tak sarat dengan limpahan iklan... dia tak sarat ngan artikel... simple but yet straight to the point... Rega RM10 for 144 pages excluding cover.. Ok.. berbaloi untuk duit dan dalam setahun baru 6 kali beli.. RM5 per month.. Giler kemut aku nih... hehehehehhe

p/s: giler lama mandom aku kali ini.. jarang nak mandom lelama.. tapi bila hati tak ceria.. hati gundah gulana.. apa pun tak bolehhhhh! ;)moga2 lepas nih leh laju balik nak berblog... esok ke KL bersama rombongan tadika Izzah.. jangan aku jadik rimau jadian lah esok..

Wednesday, August 3, 2011

..wordless wednesday..

this is our faveret date setiap kali ramadhan datang.. rasa dia just nice for our tekak.. manis buah gitu..

p/s: harga boleh mencecah sehingga RM18 sekotak kat Temerloh nih.. padahal aku beli kat Tesco baru dalam RM12 sekotak... terus borong.. itu cerita tahun lepas.. tahun nih.. ada kedai apek jual RM14 sekotak.. borong gaks.. hehehe

..tazkirah wednesday..

Syair Imam Syafie berkenaan sabar

Bersabar lah yang indah
Alangkah dekatnya kelapangan
Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil
Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan
Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap

(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)


p/s: biler di uji dengan ujian yang bertimpa2 2 bulan kebelakangan ini.. akhirnya Alhamdulillah..aku mendapat kekuatan semula.. dan aku pasti segala kesabaran dan kepayahan sebelum ini.. insyaAllah ada hikmahnya..ada ganjarannya.. aminnnnn...:)

Thursday, July 28, 2011

..self reward pada diri sendiri..

Siapa yang mmg dari dulu aktif fotopages dan blogspot memang sudah arif dengan kakak yang sorang nih.Kakak nih gaks berasal dari Pantai Timur kalau tak salah aku lah.. Dia seangkatan dengan Mamafami, sis rinchann, mamazieza, bro mat gebu dan lain2 yang aktif memasak dan menjadikan internet sebagai tempat untuk share ilmu masakan dengan dunia..

Setiap kali kalau aku nak masak lauk pauk ker.. biskut ke.. dessert ker.. Aku mesti crusin those blogs untuk mendapat idea dan cara2 untuk memasak.. dan dari situ juga aku belajar to cook.. and bake.. Alhamdulillah aku boleh gaks masak.. dan kadang2 everyone yang aku kenal tak sangka aku leh cook and bake! hehehehe

So semalam adalah hari aku mencari Muqaddam untuk Izzah.. sebab after maghrib prayer aku ajar izzah Alif Ba Ta.. aku dun agree ngan Iqra' sebab satu maybe aku tak reti nak ajar macam mana.. dua, aku rasa budak for Izzah's age kena tahu dulu huruf2 Jawi.. dan bunyi2 baris atas, bawah, hadapan, tanawin dan lain2.. aku tgk Iqra' tuh terus2 mengeja dan pronounce.. jadik asasnya? ntah la..

Owh sudah melalut.. selain Muqaddam aku carik lah buku menulis jawi for Izzah.. aku mmg buruk tulisannya kalau menulis jawi.. tapi I can write and definitely can read Jawi... owh tak leh celen tulisan bapak aku.. lawa kalau nak compare ngan aku nih.. so I want Izzah to write and at the same time kenal huruf.. tengah dok cari buku jawi.. aku terjumpa buku chef hanieliza kat kaunter masa nak bayar...aku terus beli.. dapat discount lagiks..

Balik opis, budak2 nih semua cakap.. baik print jer kat fotopages/blog chef nih.. aku kata takper.. nih ilmu.. senang compile sekalik.. heheheh tak sabar nak buat biskut raya now that I have this book.. :)

p/s: buku ini adalah self reward ke atas kesabaran yang ditonjolkan sepanjang pergolakan..:p

Wednesday, July 27, 2011

..wordless wednesday..

p/s: disebabkan buah ini.. aku semput... sekian..

..wordless wednesday..

ini rahimie pada 25/6/2011... he survived the 4 stiches...

we were here on 16/07/2011..

sebab kena bawa en Rahimie gi sini...


p/s: belum pun sebulan ko dah cedera lagi anak.. 1st time was the stiches... 2nd time was when he had swollen at the back of his head.. blood cloaked.. but Alhamdulillah.. syukran ya Allah.. it's not serious sebab luar his skull.. so anak.. ummi and abah tak larat nak berambat ke spital lagik.. please jangan leweh sangat.. it hurts me so much to see you enduring the pain..:(

Friday, July 22, 2011

..i'm falling in love all over again..

Ada satu ketika aku merajuk ngan En Jurulatih nih.. bukan pasal apa.. kekadang aku tgk design cam melepas batuk di tangga sajer.. seolah designer di En Jurulatih nih hanyalah melukut di tepian gantang.. dan hanya mendesignkan asal boleh jer.. Tapi the fact is apaaa pun takk bolehhhhh...

But lately.. as I'm cruisng around the blog.. (giler around the blog pun nak kecoh..;)).. banyak design imran ajmain yang membuat aku tertarik dan terpikat.. orang kata range En Jurulatih nih adalah range designer handbags yang murah.. Iyer ker murah?? leh ker dapat RM100 se piece?? nan ado kan?? tapi mintak maap penunggu gua.. aku dah terkurang semangat nak tengok design tote En Jurulatih nih.. tote adalah carca marba desugnnya.. eh ini adalah my 2 sen jer.. dan 5 sen ker.. 10 sen ker.. takder hal.. my DUA KUPANG point of view..;p

Sudah melalut.. kan aku dah lama tak memblog..confirmation aku kelaut perginya.. sib baik gi Laut Andaman so leh pulang ke pangkal jalan.. sib baik tader tsunami.. kalau tak sure ke Afghanistan aku gi.. hehehe.. laut sudah pergi..

Aku dok crusin dan crusin..tom cruise tgk aku.. ;p.. i fall in love all over again in En Jurulatih range.. I fell in love to.......

COACH KRISTIN LEATHER HOBO!

lebey tepat kepada 2 pic di bawah ini...



COACH KRISTIN LEATHER HOBO in Tea Rose..


COACH KRISTIN LEATHER HOBO in brass blue...

Giler comel kan? yang in tea rose tuh tetiba aku terfallen pada warna2 lembut nih.. adakah itu menandakan saat kefeminan itu sudah mula menggelabah?? owh no.. but then aku bangkit semula dengan kebangkitan seakan2 kuih bangkit yang pure di buat dari Tepung Rose dan Air Rose..yang biler di makang.. melt in mulut wa cakap lu... halusssssss jer rasanya...

both colors are to die for.. seriously bedah! adakah boleh menjadi handbag raya tahung nih?? takder maknanya.. takder takder takder.. dengan huru hara ke lautnya.. barang2 umah tak beli lagi.. beg target tak ambik lagik.. utang piutang yang lelain yang terjadi di sebabkan insurang kecumping tuh lambat na nak bagi replacement cheque padahal ko yang bingai tulis ic aku salah..

dasar UHU tul!..kalau tak dah aman damai dah aku nih.. rasa aku sekarang nih.. tertekan seolah menjadi seekor siamang memakai shade Ed Hardy yang memang menjadi idaman aku dan aku tak tahu biler akan ketemuk.. wadewell betul laaa...! :(

p/s: itulah ghopernya biler dah lama tak update.. biler update, diri umpama mimpi dalam mimpi laila pakai baju koleksi Puteh dari Rizalman jer.. terus ke laut jadiknya.. takperlah fara.. next year kalau range ini ada..leh buat handbag raya taung depan.. macam tak biasa pakai expired punya design nih.. ngeh ngeh ngeh ngeh..

Thursday, July 14, 2011

..this are their story..

I read their story in Moon's blog...I cried. Really hard.. For those who knows me, I seldom cry.. shed a drop or two maybe..not crying..But reading their story from the day this couple enggage..then continue to tying the know.. I know that they are happy... And they are and still surrounded with family and friends that love and care about them..

{~}


This is RAFIQ. The bundle of joy of the couple namely Talib & Norma. But currently, RAFIQ cannot be with his parent. This is due to his mommy condition that are not able to tend RAFIQ. RAFIQ has to stay with his grandmama in Taiping because his daddy has to take care of his mommy. All this while, even his aunt Moon and uncle also took care of RAFIQ during the early days of his born. His mommy is sick. Really sick. His mommy Norma is diagnosed with Brain Cancer STAGE 4. Even when she had RADIOTHERAPY, the therapy cannot help to reduce the swollen tumor. You can read the details of the story here.




It take a lot of effort for myself to do this entry. Not because it's a burden. It's my responsiblity actually. But I couldn't help myself crying just thinking about that Norma..Talib..and Rafiq. From the day he was born, he never actually felt his mommy's love. Since at that time, Norma was a bit weak and baby cannot be bring inside the hospital. I am so 100% emotional about this. So bare with me, lend me a minute or two just reading this entry towards the end ya..



And this is Norma. Bayangkan diri anda di tempat dia. You've been diagnosed with brain cancer. And you just give birth to your first born..and not yet celebrate the 1st anniversary.. Before that, you and your husband were separated..and only recently be together.. But you have brain cancer STAGE 4. And now imagine, apa yang family ini sedang alami? Sedang lalui? Rafiq belum lagi puas bermanja dan bermain dengan mommynya. Cuba bayangkan?

"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman".

"Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."

"Tidaklah seorang muslim diberi penyakit melainkan akan menggugurkan dosanya sebagaimana pohon menggugurkan daun2nya …"


As we know, the expenses for cancer treatment is tremendously high! And yes, with Talib who works alone will not be able to support this expenses. With the cost of ambulance to bring Norma for treatment.. the medication.. the tubes..etc..etc.. Eventhough diagnosed with STAGE 4 cancer, this family won't hold back.. but do everything they can do to bring Norma for treatments. Yes, the doctor has already decided for Norma to bring home. But this family won't give up! They will try everything that being suggested by friends and family. But it is costly.

So lend this family a hand.. You can give various of help that includes in terms of moral support, money, dua' and others things too. We can make a different. We can bring hope and help them together. Put our shoes inside theirs.

Moon is my good fren that I know from fotopages. And we became close and good fren. She may be happy go lucky but honestly.. currently she and her family are in difficult time. Moon, aku sayang kat ko. For me you are one of the sweetest and nicest person yang pernah aku jumpa dan kenal. Hang in there dear friend. Aku harap ko sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Jika anda ingin menghulurkan bantuan ikhlas buat Norma, sumbangan boleh di kreditkan ke:-
CIMB
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif

Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa baik anda sekalian. Semoga kalian mendapat rahmat dan rezeki yang melimpah...


p/s: Saya tidak mendapat arahan atau suruhan dari sesiapa lebih2 lagi dari keluarga Moon. Ini adalah atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia dan muslim..


..demam macarons..

It seems that every blog aku baca.. semua ada entry pasal macarons.. be it beli kat local.. buat sendiri.. atau import dari obersea.. Kalau suh aku carik kat Temerloh nih, mana aku nak terbit ntah benda macarons nih. Even kalau aku cakap kat opis mate.. depa sure akan tanya macarons tuh haper.. Takdernya bakery kat sini nak buat macarons.. takder maknanya..

Tapi yang selalu aku baca adalah pasal laduree macarons nih. Kat verde's, iszan's and every single blog yang pergi obersea atau ada connection kat orang yang pergi obersea..rata2 pesan laduree macarons.. Ada yang jumpa kat Harrods.. ada yang jumpa kat Paris.. dan macam2 lagik.. They said laduree has the best macarons!..


aku mmg craving tak hingat nak makan benda nih.. Tapi tulah everytime aku turun KL, susah aku nak ajak Kie gi  empire subang ke.. klcc ke.. sebab semua route tuh membawa kepada kejammedan yang confirm! lepas tuh kepala aku laks yang jammed kena tekeh ngan kie.. daripada aman damai confirm terjerumus ke kancah peperangang.. huhuhuhuhu



Ada gaks pendapat yang Luxemburgerli serves the best macarons in the world..especially yang dah pergi kat area Alps tuh.. i.e swiss, german, austria dll.. The hillsss are aliveeeee... with the sound of musiiiccccc... aaaaaaaaaa..  tetiba The sound of music anthem keluar lak.. hehehehhe

Then biler adik aku gi Paris sebab urusan kerja.. biler aku tgk status FB dia, i'm going back to Malaysia sebab kena ada kejer pulak kat KL..terus aku cakap aku nak laduree macarons.. sebab itu jer yang aku tahu... itu jer yang aku tahu has the best macarons in the world..so does everyone said..si luxemburgeli tuh maybe ada maybe takder kut kat Paris.. so I only request for laduree sajer.. dan kalau tetiba terbagi LV ke.. chanel ker.. aku terima gaks.. (dah dapat lancel pun ok per..muahhss la kat ko dik..)

So when he touched down..dia called me up.. chik, aku tak beli laduree.. aku beli pierre herme sebab dia lagi sedap dari laduree.. owh tak kisahla ko nak beli apa dik.. beli keychain macarons pun aku dah syukur.. sebab at least ingat gaks kat aku nih..



Adik aku beli banyak.. dan masa aku balik Ipoh hari tuh.. memang aku ratah jer macarons nih.. giler excited.. dah la aku tak faham pempelet flavor dia yang in france.. perisa matcha pun ada.. jasmine.. ada feeling lemon curd..choc ganache.. dan flavour yang banyak giler.. dan perasaan feeling2 baru balik obersea adalah lenyap apabila aku lupa bawa satu bekas tuh ke Temerloh.. terus nak ternangis.. huhuhuhuhu

My verdict? Aku rasa kalau kena feeling, memang sedap! In fact macarons is a delicate desserts. Dessert ker? Boleh kut.. sebab manis gitu.. Kalau ko tak kuat manis cam aku nih, maybe agak juling biler makan macarons nih.. sbb dia memang manis tak ingat.. tapi kalau kena ngan feeling dan perasa yang sepatutnya.. ko tak terasa manisnya.. ko akan rasa macam satu beban telah terlepas dan perasaan yang mengasyikkan mula menguasai jiwa.. heaven!

giler punya explanation kan? hahahahah tapi serious.. sedap! manis.. tapi sedap.. kakak aku tanya macarons nih halal ker? aku cakap dengan confidentnya, yes! she asked me again, how do you know?.. i do my homework.. macarons basically contain, lots of egg whites, almond powder and sugar.. tuh jer.. tak caya? gi google.. dekat bakerella.com pun ada..

tp sekarang rata indie bakers semua dah masuk macarons dalam product.. so leh jer order online.. then dia leh post kat ko.. antaranya kat kak lea.. leaoven.com so apa lagik.. gi lah order...

p/s: aku tengok kat website herme nih..for 12pcs..it'll cost you 25euro..*gulp*

Wednesday, July 13, 2011

..wordless wednesday..



p/s: ...don't let me get me..T_T..

Tuesday, July 12, 2011

..the fat quarters..

Currently I am sad...down.. feeling crap.. but I survived! Giler sedey tak ingat.. padahal benda nih dah berlaku almost everyday which aku dah immune.. but climax nyer aku terus rasa down sebab rasanya dah tak tahan nak nanggungnya lagi.. ker sebab nak period.. maka emo tereffect?
Blahhhhhhh~

Menci tul biler orang dok marah2 aku padahal dia nak lepaskan pada orang yang terdekat ngan aku.. The reason is orang terdekat ngan aku tuh mmg baran, rengus dan lain2.. so orang2 yang terdekat yang lain mmg gerun nak smash orang yang terdekat ngan aku nih.. akibatnya aku yang terima ngong ngeng ngong ngeng.. I think it is unfair to unleash it to me.. sbb I hev nothing to do with the decision..

T=T

I celebrated my 33rd birthday last 1st July. So yes I am 33 years old.. Tak leh nak perasan muda dah.. sebab camner aku godeh pun age tuh.. dia tetap maintain tak berubah sekali ombak menghempas pantai.. (tetiba..) aku terima apa for the birthday? Honestly aku dah ada semua benda.. Aku ada parents..adik-beradik yang menyayangi aku.. aku ada suami dan anak2 yang menyayangi ku.. aku dikelilingi kawan2 dan saudara mara yang menyayangi dan care about me.. aku ada kesihatan yang baik walaupun ada masa sihat.. ada masa tak.. Tapi aku bersyukur kerana dapat bernafas di umur sebegini dan dikurniakan nikmat yang melimpah ruah.. What more can I ask?

Tapi I am planning to hev this for my self reward after all this chaos stop. Saper yang dekat ngan aku, tahulah aku tengah giler bercrafting balik.. alhamdulillah.. ada gaks benda yang aku boleh buat selain dari memikir kekalutan yang melanda.. baking aku dah 2 bulan tak ambik order due to my health condition... takper ada hikmahnya..

So my whishlist would be to but Fat quarters or any Scrap Fabric that can be sewed into various of things. Dalam pala otak aku would be something to do with the kids room or decoration... hampir2 nak beli dah tadi, tapi kelapa otak aku kata say no Fara.. banyak benda yang lebey penting lagik.. even handbag pada Puan Lenny pun aku tak ambik lagik.. selagi hal umah aku tak settle..selagi tulah aku serabut..

BIRTHDAY WISHLISTS:

1. Fat Quarters



fat quarter bundle from http://www.fatquartershop.com






















And they having a sale.. tapi masih baik ada kekuatan di hati.. :(

2. A Small Stash Sewing
from MPH... and they having a discount of you buy online.. :(

Memang la kalau kita down.. mulalah kita giler nak beli.. especialy pompuan nih.. klu down jer sure retail therapy.. aku pulaks nafsu utk berhandbag bagai sudah kurang.. lebey kepada nafsu tembolok semata2.. hehehe

p/s: Semoga cepatlah berlalu semua kekalutan ini, sebab aku dah tak tahan nak tanggung dah.. dan boleh aku membuat pembelian2 ini.. heheheheheheh

Wednesday, July 6, 2011

..Wordless Wednesday version sakit..


p/s: itu jer yang mampu aku upload since aku masih shaking with high dosage medication.. my mom called me up and said my sweet little brother of mine (sweet ke ko dik?) has bought me a lancel purse when he was in Paris.. you see this would be my sweetest birthday ever.. i've got new muffin pan and baking liners from Mas, a longchamp medium tote from Linda who stayed in UK and a Lancel purse from my adik.. and a sms from my dearest Kie saying I luv you yang, Happy birthday without me asking and forcing him to do.. it was a bless! i am sick and yet blessed! sangat sukaaa!!!!!! thank you so much for the thoughts and wishes and pressie yer..i love you all! may Allah will return the favor to your kindness.. muahhhsss...

Friday, June 24, 2011

..yerlah aku tunjuk..

..apa ada dalam parcel..isk isk isk..




p/s: alhamdulillah.. leh jadik handbag utk tahun nih.. handbag birthday tahun nih.. ekceli nak yang ada sulam2 tuh.. tapi sebab free.. aku ok jer.. kecik tapak tangan.. stadium temerloh aku tadahkan.. hehehehehheh orang lain dah berkurun lamanya pakai.. ko nak kecoh2.. ada aku kesah? :p

..baru sampai..


p/s: apa dalamnya? biarlah rahsia.. aku pun tak ingat biler masa aku pesan kat member aku nih.. dia kata dalam akhir tahun lepas.. yang bestnya ngan makhluk nih.. aku tak perlu bayar.. sebab dia hadiahkan early bday pressie.. sebab bday aku jumaat depan.. thank you much larlink.. appreciate it.. muahhhhssss!! aku nak lc corak lain.. dia bagi plain.. ok lah tuh.. free plaks tuh.. i loikeeee!!!

..tendon injury..

I've posted about my tendon wrist injury before. Read it here.

Jadinya itu adalah wrist tangan kanan. Sekarang aku sedang sakit wrist tangan kiri pulaks. That's why aku sokmo berbalut tangan kiri aku nih. Sekarang nih aku dok busy mempacking barang2 bagai. So lagi lah sakit wrist aku nih.


Honestly aku dah serik untuk bawa gi berurut.. Tangan kanan tuh gi berurut aku end up kat specialist gaks.. lepas fisio, medication bagai semua tak jalan.. terus operate.. owh sangat hazab ok! Skang dah berjangkit ke tangan kiri laks.. Doc suspect ada aku ada prob with blood and urat. tapi tendon aku yang sakit.. ntah la.. aku dah cemuih gi test after test after test.. sampai test SLE pun aku kena buat which the result hanya akan tahu dalam bulan 8 nih.. hmmm

So now, aku masih bertahan.. I cannot wear any watches.. pakai gelang tak leh.. klu sakit aku bandage dan letak minyak.. dah terlampau sakit sampai aku rasa nak potong wrist nih baru aku makan ubat yang sebutir rega RM10 tuh.. giler kedekut aku nak beli ubat.. hehehehe

p/s: just hope that tangan kiri aku masih intact sampai pindah umah k.. huhuhuhu

Thursday, June 23, 2011

..to go on vintage or not..

I love retro stuff and vintage! I love something to do with rustic look! I love flowers and something to do with the english style! But in a simple style. I love handmade though unfortunately I don't know how to sew. But I do love fabrics! Lots of them. Owh and I just only buy a metre for each of the fabric that I like.

Hik~

Eeeeee nak muntah pulak aku type perkataaan hik tuh.. Bluekkkk! Menggeletis! Hahahahahahahahha

So kan ker aku takder perabot bagai kan.. so aku try la nak cari something vintage/retro/rustic furniture kat Temerloh nih.. unfortunately lagiks takde dernya kat Temerloh nih.. Some drawers yang di google that catches my eye..





pic googled

Selalunya to have the rustic/vintage look dia akan buat some sort of sanding kat furniture tuh.. furniture tuh baru tapi akan di buat macam lama.. Tapi kan.. selalunya kalau benda2 vintage/retro stuff nih reganya adalah luar biasa mahal.. eh.. tapi aku chest drawer kat rumah.. boleh aku buat vintage/retro look? owh kena google on how to and buat homework dulu.. heheheheh

p/s: i showed this pic kat kie.. dia kata pengotor betul.. yang nak pakai lemari kotor2 buat menda? beli jer yang baru.. pengotor betull.. aku tak tahu sama ada nak nangis ke apa... hahahahaha benda tuh mmg dibuat sebegitu rupa sejak azali la wehh... isk isk isk isk..

Wednesday, June 22, 2011

..wordless wednesday..

bila anak jantan merajuk.. ;)

p/s: imie mmg kuat merajuk... jgn lah nak tinggi suara ke marah ke..ko stare dia pun dia dah sedih.. tp walaupun merajuk.. nangis.. melalak.. telinga ummi ko nih masih leh tahan lagiks.. tpi klu si kakak buat perangai macam tuh.. aku leh temporary pekak.. lain anak..lain pangainya..

 

Blog Template by BloggerCandy.com