Wednesday, February 24, 2010

.Free photoshoot giveaway by Moon.

Fara Hairiri
Temerloh, Pahang

24 Februari 2010

Moon
Cyberjaya, Selangor

Puan,

SAYA TINGIN SANGAT NAK BERPS KERANA:

Saya merujuk kepada perkara diatas dan entry di blog puan berpukul 11.37am by Miss Moon.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa jika saya dapat free PS nih, saya berpeluang untuk pergi ke KL dengan alasan free PS kepada suami saya. Justeru itu, dapatlah saya merasa berpossing sakan maut tapi hidup balik apabila free PS ini diberi kepada saya.



3. Untuk makluman puan, saya seorang yang sangat hyper dan happy sokmo. Tidak keterlaluan juga saya beritahu bahawa puan tidak akang kebosanang apabila mengambil gambar saya nanti. Ini kerana seperti sebab di atas, saya juga mempunyai 2 orang anak yang sangat hyper dan boleh mengundang syndrom kencing berdiri tak berhenti kerana saya akan meriuhkan suasana hari raya PS itu dengan suara soprano jurus ke 14.



4. Oleh kerana badan saya telah mengecil sikit, saya teringin untuk berposing untuk Puan sekiranya diberi peluang. Ini kerana jauh di sudut hati kerdil saya ini, saya kepingin berposing ala Puan Filla menunjukkan curve walaupun ukuran badan saya macam labu sayong.


5. Akhir kata, saya tingin sangat nak berPS kerana saya mahu Puan mengambil gambar saya kerana gambar-gambar yang di ambil oleh Puan memang saya selalu adore. Saya boleh bayangkan dinding rumah baru saya ada frame gambar yang gambarnya di ambil oleh Puan di samping wall sticker yang saya baru dapat. Ya Allah..undescribeable chanteknya. (tetiba poyo sikit)

6. Kerjasama puan dalam hal ini amat saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga gambar-gambar yang saya tepekkan di sini, dapat menarik perhatian pihak Puan yang bijaksana.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,



(FARA HAIRIRI)


6 comments:

Miss Moon said...

weey .....aku cam dapat surat rasmi gomen nkooooooooooo

gilo nko mmg gilo fara aku duk sengeh je membaca kakkakakakkakak ...kretip mmg org hyper cam nko ley kasik karangan yg mantop

azdra-azdra said...

byk betul ko ckp gilo.. hahahahah

Miss Moon said...

hhahahahh sebab aku sukaaaaa
tapi kalau nko menang misti org ingat nko rasuah aku hua hua hua

apa der hallllllll starbuck satu kali

http://kidsbabywholesale.blogspot.com/ said...

ahhaha.saya pun dah jadi peminat moon sekarang...tapi ayat azdra lagi power...saya nak masuk tapi takut lah badan dah jadi tip top hahahha

aLyNnZ said...

salam kenal..
alin tertarik ngan sebab musabab awak nk ber PS..sgt kreatif..teringin gak nk join tp d terlambat..gud luck k

Ms and Mr Red Ribbon said...

jom ikut contest kat sini http://redribbonboutique.blogspot.com

 

Blog Template by BloggerCandy.com