Thursday, March 11, 2010

..tag dari moon..

Mari buat tag..
Dah lama tak buat tag..
Oleh kerana Puan Moon telah mengetag..
makanya mari kita buat tag..

Amacam pantun kerat aku? Agak2 layak makan sepak tunggul hinggis tak?? Hehehehehe Dah dah.. jangan pening laks.. kang ada yang msg aku tanya sepak tunggul hinggis itu apa.. hehehhe kita layan tag...

No.1
Aperkah jenama Deodorant yg korang pakai skang.. ( ke mmg tak pakai??)
Rexona

No.2
Brand ikan Sardin dalam tin yang paling digemari?
Cap Ayam

No.3
Apalah bahagian badan anda yg paling anda rasa SEKSI & SEKSA! (aderkah ikan sardin itu membantu menyeksikan anda?)
Of kos la my long legs!! Nak harap part lain..takder harapan la.. baik berhenti berharap jer…

No.4
Aper hadiah yg paling 'HAMPEH' yg korang penah terima dr yg tersayang?
Jam Meja Hello Kitty pada 1st bday masa memula couple.. tp taklah hampehkan.. sbb apa yang pentinggg.. ikhlas.. walaupun org yang menerima tak berapa nak ikhlas nak terima.. muahahahahha

No.5
Korang akan rasa diri disayangi bila.........???
Bila Mr Kiey membasuh pinggan yang setimbun dalam sink atau pun menyidai kain yang di basuh di ampaian.. i.e bila membantu aku nih buat kejer umah atau jaga anak..

No.6
Apakah hadiah yg korang akan kasik pada bakal mak mentua pd kali pertama berjumpa?
Ciuman kasih sayang di pipi.. (sila muntah darah…) hahahahahha aku rasa memula aku jumpa bakal mak mentua aku takder bagi apa2.. heheheh.. dah kahwin baru bagi.. dan bagi dan bagi dan bagi dan bagii…

No.7
Antara Belacan, Cencalok & Budu...yang mana lebih wangi n sesuai dibuat perfume? (Yang mana lebih wangi dibandingkan dengan bau kentut anda?)
Belacan baunya power rangers sangat.. kalah bau getah sekerap kat Batu 5 nih.. Cencalok.. bau dia ok.. tapi tak rela laks nak lekat seketul2 udang gerahau kat badan.. geli pulak nengoknya.. budu sesuai di buat perfume.. tambah kalau dapat budu baru.. bala sedapnyaaa!!!!

No.8
Jenama kasut paling banyak yg anda miliki?
Sejak beranak dua nih.. aku dah lama tak membeli kasut.. tapi since aku pakai flat skang.. jenama yang sokmo ada dlm simpanan.. adalah Crocodile.. ala2 jadi buaya sekalian..


No.9
Sekiranya anda menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat & Perancang Keluarga apakah yg akan anda lakukan demi meramaikan rakyat Mesia?Sekiranya ditawarkan anda berminat utk memegang jawatan menteri aper? (aper punya tonggang langgang ler soklan aku ni?)
Pertama sekali.. kita hapuskan semua pendera2 yang pandai buat anak.. hanya untuk kena dera…kita kumpul reramai pendera2 nih kat satu tempat.. then KILL ‘EM ALL!!! DIE! DIE! DIE!

Kedua.. bina Pusat Pemulihan Akhlak Wanita yang merangkumi Pusat Mengadu bagi wanita2 yang bermasalah… Then Ada gaks Pusat Latihan Wanita..untuk membina jatidiri dan kendiri wanita supaya dia orang dapat membina hidup yang baru.. Pusat Kebajikan Bagi Ibu Tunggal mangsa dera serta Pusat Ibu Instant/Remaja yang mengandung atau ada anak tak sah taraf..

Saya tag
Semua yang mengenali diri ini.. auwwwwwww

p/s: Perasan x my new layout?? Auwwwww..


0 comments:

 

Blog Template by BloggerCandy.com