Thursday, September 30, 2010

..perghhhhh!!! lama blog nih cuti siutt!!..

Hola PEOPLE of the world!!!!

Bagus Fara. Syabas merebeteh. Not only u fail to hapdet your blog nih.. Malah ko telah meng"hola"kan people di bulan yang mulia ini.

Ya Ampunnn!!!

Salam chinta manis semua..

Amacam ada geli tak??

{wink}

How's raya???? Well I'm quite the busy currently.. (ambik english berterabur..macam selama nih tak pernah berteraburkan?) hehehhehe So sempena hari terakhir di bulan September ini, izinkan daku menghapload entry..supaya tak ketara sangat takder hapdet.. heheheheheh

Akhir kata ku lampirkan pak lampir KEK COKLAT LEMBAP MALAYSIA that I tried months before raya sebagai tatapan dan kudapan di bulan open house nih.

{wink}


KEK COKLAT LEMBAP MALAYSIA
source: dari sis RinnChan

Bahan-bahan :

250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Cara-cara:

1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

Topping:

250 gm cooking chocolate
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin atau butter.

Cara-cara:

1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.


p/s: Walau terasa bahannyer banyak sekali.. so far this recipe is one of the easiest and sedaps cake I taste so far.. That's my dear is only my humble opinion.. will blog more later k.. muahssss.. i missed writing in this blog of mine...huhuhuhuhu

1 comments:

nuraarin-life said...

kek sangat tempting my jiwa...

 

Blog Template by BloggerCandy.com