Orang lain dah lama citer pasal citer nih.. aku baru nak terhegeh2.. ini semua kerana aku baru tengok.. err... semalam baru tgk.. hahahaha.. ok tak tahu apa sebab aku nak hahahaha selepas bagitahu aku baru tgk.. heheheh takder apa sebab.. tapi sajer nak kecoh2 gaks...
Aku kan ker kepoh.. hehehehehe
Oklah.. banyak review yang kritikal dan kritis pasal movie nih. tambahan pulak si Farid Kamil punya first movie memang tak bley blah ok.. Dia punya ambition memang tinggi. Kita leh nampak apa sebenarnya yang dia nak buat.. Tapi tulah ambition jer tinggi tapi garapan fail takleh gaks kan..
Tapi itu kisah V3..ini kisah Kongsi..
Seriously Kongsi by Farid Kamil adalah berbeza.. Seriously.. ternampak kematangannya dari segi pengarahan. Memang totally berbeza antara V3 dan Kongsi! Still feature the same Farid Kamil yang ambitious.. tapi nampak perbezaan dari pengarahan. Lebih matang.. lebih realistik. Garapan yang lebih bagus dari the first film.
Agak bijak biler mengetengahkan pelakon yang memenangi Anugerah Artis Popular 2010 ini yang turut mengetengahkan barisan pelakon yang bagus.. macam Yana..Fizo.. Bront.. Azad dan barisan pelakon tambahan2 walaupun tak berapa familiar..tapi still amat2 bagus.. Everybody plays their role.
Aku pernah baca bahawa banyak pelakon bukan melayu susah nak berlakon di dalam filem/drama melayu.. Tapi aku rasa sangkaan itu meleset sama sekali apabila dalam filem nih, Farid membariskan pelakon bukan melayu yang agak banyak. Small character tapi still bring impact yang bagus dalam film nih..
Korang pasan tak entry macam pengkritik film dalam akhbar siotttt... hahahahahhha
Ok back to the film..
Banyak review yang negatif pasal film nih.. tapi kemon lahhhh... Give some credit lah.. Dia kan pengarah. He doesn't have a father in the business that can share or berbincang which part is good.. which part needs some adjustment.. and bukan guna duit dia pun untuk produce film ini.
But do give some credit to his view..to his ambition.. dia bukan malaikat pun.. Yang penting apa yang dia cuba sampaikan berjaya.. Iaitu sebuah filem yang sangat menghiburkan..
Tapi ada part yang curse lahanat tuh aku rasa macam tak logik kut.. or maybe kena rated sikit movie nih ker.. jalan cerita ada cuma kena mantapkan lagik.. maybe in next movie, farid nih kena put more effort on camera movement.. pening ke laut sebab camera byk goyang.. tapi aku pasan ada part yang sengaja di goyangkan.. part yang sengaja di goyangkan tuh macam film die hard..
Then part gangs nih jumpa kat alley lepas boboy jumpa other gang kat kedai tuh, macam ala2 Young and Dangerous pun ada.. part nak gaduh biler dengar siren terus terkincit blah.. Ada gaks macam ala film Taxi pun ada.. masa kereta ronda waja polis tuh call back up from evo patrol car tuh..
Apa2 pun.. sebuah film yang entertaining.. tak mengejutkan kalau within a week dia dah leh kutip RM6m+.. tapi next film Farid.. lebey mantap k.. Chaiyok!
p/s: Part Maliki yang di panggil Ayah tuh ada unsur2 macam satu gang kat Malaysia nih... macam mana aku tahu?? sebab aku pasan cara salam tuh.. mmg trademark.. huh tak leh elaborate panjang2.. kang mapuh kawe! kaghe dok sebut I am Tumulak! Kat KL nih kawe legend.. walaupun muka legend.. hati ada cute.. tetiba Jambu enterframe laks.. hahahahah.. btw semua pic adalah di google..
Belajar Bermusik Tanpa Guru
9 years ago
0 comments:
Post a Comment