Tuesday, January 11, 2011

..musim ujan musim untuk gemuk..

Aku rasakan.. musim tengkujuh banyak menimbulkan unsur-unsur stress.. Selain dari kisah banjir yang berlaku di sana sini.. yang pastinya musim ini gaks.. telah mentengkujuhkan nafsu aku untuk makan. Otak masa musim nihlah jadi begitu kreatif sekalik. Bukan setakat kreatif malahan menjadi inovatif sedatif sekalik! Sebab apa??

Sebab aku sokmo lapar jer biler musim nih sapai. Ho ho ho ho.. syabas merebeteh. Nak tengok aku membesar bagaikan Johan, Naib Johan atau Joe Jambul.. masa nih lah.. Tak yah minum susu dumex bagai.. Cukup otak ko terliur dalam imaginasi ko sudah. Dah membuat aku naik 1kg dah. Tuh belum masak2 lagik.



Boleh dikatakan setiap hari sepanjang bulan musim tengkujuh nih aku masak. Sampai jer umah, idea telah timbul nak masak apa.. Owh bukan sampai jer umah.. masa berjalan nak punch card tuh pun dah timbul idea nak masak menda.. Sampai umah terus zas zas zas keletung keletang keleting kuarkan bahan2 nak masak.

Belum lagik zas zas zas nak sembahyang..nak tengok anak.. masuk kain dalam mesin.. buat quaker oat izzah.. bagi imie makan.. semua itu tak melemahkan semangat aku nak masak KARI DAGING VASEEGARAA... Ohooooooooooooooooooooooooooo!!!! Ada unsur2 Filem tamil di situ..

{Vaa! Vaa! Vaa!}


Nampak ada unsur2 merah di situ.. itu sebab aku pakai lada blend.. tumis dulu sebelum ko masuk serbuk kari.. kasi garing.. if not sakit perut.. punggung mencohor.. susah nak cover dah.. then baru masuk santan.. mak pakai santan kotak cap KARA jer noks.. So far, KARA the best santan in a box yang pernah aku rasa.. Yang brand lain.. ada yang tengik ada yang tak mencapai tahap kompentensi..

Then ko tambah garam sikit.. gula sikit..campak kentang.. letak sikit air kalau santan pekat.. Dah.. settle.. makan ngan nasi panas2 ngan kicap.. Perghhh aku dah confirm tambah 3 pinggan.. Sebab sejuk.. sedap makan banyak2.. Lepas tuh?

{Gemuk la apa lagik}

p/s: masak kari pun ada kompentensi daa..


1 comments:

Unknown said...

apa kes ko salahkan cuaca?

 

Blog Template by BloggerCandy.com