Monday, July 28, 2008

..::kena tag la sudah::..

Kerja memang tak akan habis punya. Daripada aku sakit hati buat kerja nih, baik aku layan buat homework tagging game yang diberi oleh Puan ISKL inih! hehehehe

TAG SATU

#1 ~ first time naik kapal terbang
...HEHEHEH..aku adalah manusia yang paling lambat naik kapal terbang dalam keluarga aku. Hehehehe..so rerasa aku..aku fes time naik kapal terbang in the late 90’s. Sbb ex boipren aku suh aku anto laptop dia yg tertinggal ke Penang. Oleh kerana dia yang bayar, aku gi jer. Hahahahha semua preee kan. Aku sukaaa! Bayangkanlah..baru fes time nak naik kapal terbang, tak tahu nak boarding kat ner.. macam2 hal la..tapi biasalah muka confident jer. Redah ajerlahhh

#2 ~ first time melahirkan zuriat
pada 11 Julai 2006 selepas Italy menewaskan France semasa World Cup 2006! Aku dah sakit dah masa tuh. Tapi aku masih gaks muka selamber tahan sakit..sbb aku nak tgk result akhir. Dan 26 jam selepas itu, lahirlah Cik Puan Nur Izzah binti Mohamad Zaki! Dah overdue sehari. Dilahirkan secara vacuum dan di jahit sebanyak 37 jahitan. Izzah lahir warna ungu dan tiada tangisan. Dia cepat-cepat dibawa ke bilik lain. After that, baru nurse bawa Izzah bagi kat aku. Itu pun kejap jer. Lepas tuh kena masuk incubator. Huhuhuhuhuhu

#3 ~ first time pegi oversea
masa aku darjah berapa ntah. Every year kami akan ada family trip at the end of the year. Then that year, kami ke negeri2 di utara. Sampai ke Perlis, satu Perlis takder air. Sib baik abah ada, contact imigresen kat Padang Besar. Makanya kami semua diseludup masuk ke Padang Besar, Thailand untuk stay semalam. Kira macam pendatang haram gaks ler...Heheheheh

#4 ~ first time dok jauh dari family
Masa aku masuk form 1. Sbb dapat result UPSR bestkan..hahahahha duk kat Sek Men Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Sekolah khas. Sgt tak best. Memula tuh best sebab masuk asrama kan..?? Kira dasat la tuh klu bley masuk asrama. hahahahahhaha

#5 ~ first time rasa diri gemuk
biler aku kawan ngan kie. Hahahahahhahahah sebab before kie, semua exs aku semuanya berbadan sasa dan tegap mantappp!!.. aku kawan ngan kie, terus aku rasa mcm gemuk gorgorn dan lelain makhluk yang lain.. hahahahhah sgt gemuk nak mampusss! Klu naik motor ngan kie, org belakang tak nampak kie. Nampak aku jer! Hahahahhahaha tuh sbbnya skang aku ala kadar jer control makan. Sebabnya masa aku lepas banakkan izzah, aku sgt kerus (kering yng kurus). Smpi leh pakai baju nikah aku balik. Then biler banakkan imie, aku semakin naik dan membesar bagaikan johannn!!... and now, aku control balik. Tapi memang takder nafsu sangat nak makan, sebab sangat letih. Kekadang buat air jer, then siap kerja umah.. then masak utk kie, uruskan anak2..thennn tidur...

#6 ~ first time working
lepas SPM, kejer Guru Sambilan. Korang gelak la kat aku.. aku sekeh kang. Betul laa.. aku kejer Guru Sambilan. Ajar budak darjah 2! Sgt mencabar ok! Nak suh dia org diam. Nak suh dia org concentrate. Nak suh dia org diam dan concentrate. Then aku ajar satu kelas tuh banyak subject. Huhuhuhu Walaupun parents ngan my eldest sister aku cikgu, tapi aku takder tahap kesabaran sebagai seorang cikgu okeh! Sangat mencabar okeh!

#7 ~ first time bercinta
huh soklan maut giler. Hahahahah sangat maut. Dan aku pun agak takut untuk bercerita lebey detail walaupun hakikatnya aku sgt tahu biler aku fes time bercintakan..hmmm what the heck.. belasah ajer.. fes time aku bercinta ngan mamat satu kelas masa form 5, in 1995. To be exact 27.4.1995. hahahahha gilerrrr ingat tarikh declare lagiks... hahahha dia la sumber inspirasi utk aku belajar.. kalau tak sure hanyut dapat gred 3.. hahahahhahaha aku putus ngan dia masa buat diploma..sbb aku sudah tidak tahan kena hamun dan maki serta tahap kejelesan yang melampau.. sangat menyampah.. la nih pun dia dah kawin..anak sorang.. masa memula aku baru bertunang..tup tup parents aku dapat kad jemputan kahwin dari mamat nih.. yerlah satu kg kan.. confirm nak tunjuk kat aku..yang dia nak kahwin.. aku plaks bengang..sbb aku kahwin bulan 4 tahun berikutnya..sure dia ingat aku tiru dia kahwin, aku pun kahwin.. tapi dia anak sorang.. aku?? Anak DUA orang!!! Kiranya aku tetap menangkan.. hahahhahahahah

#8 ~ first time merasakan diri cantik
masa kahwin laaa..giler punya cunnya aku nih... hahahahhaha semua orang terkejut.. biler rombongan bas opis aku dari Kl turun Ipoh, terkejut dia orang tgk aku yg cun gilos nih.. hahahah sebab aku selalu lasak..sukahati aku jer..muka comot compang camping bagaikan.. hahahahhahahahahahah sgt turn off okeh... tp biler kahwin.. aku la pompuan itu.. dan lepas jer kahwin..aku comot balik..hahahahhaha

#9 ~ first time tengok wayang
masa aku kecik..parents aku selalu bawa gi tgk wayang.. selalunya either hindustan or cartoon.. skang nih wayang apa pun aku tak tgk.. sib baik ada dvd.. lepas tuh buat wayang kat umah sajorkkk... hahahha

#10 ~ first time masuk wad hospital
nih paling lawaks.. sbbnya masa mak aku masuk spital, we came to visti her kat GH Ipoh. Then sementara mak aku semayang, aku lepak baring atas katil mak aku tuh. Aku cakap kat mak aku, best aa mak duk sini. Then seminggu lepas itu, aku masuk spital. Hahahahha itu selepas aku training lari 4 x 200m wakil rumah. Malam itu aku sakit bagai nak rak. Then later 3 days after that, aku warded sbb apendix aku suda pecah.. hehehe Tapi yang pentingnya, duk kat hospital memang tak best.

TAG DUA

#1 ~ nama-nama timangan oleh orang yang tersayang
En MZ panggei aku yang.. hahahahhahahahah memula tuh rasa meremang jer bulu pungkok aku nih.. tp lelama oklah.. hahahhaha then family aku panggei aku chik, sbb aku pompuan yang paling kecik... hahahah walaupun aku pompuan yang paling panjang.. hahahahhah tp masa aku kekecik, mak aku panggei aku Mohamad Farahiyah, sbb aku yang paling tak suka menyahut biler mak aku panggei dan aku lah yang paling tomboy.. hahahhaha Izzah & Imie panggei aku ummi.. Others will call me fara....

#2 ~ anda seorang yang...
happy go lucky! Sgt suka berlawak dan gelak. Sgt misteri. Orang tak akan tahu apa yang aku pk. Suka menggelabah biler aku di tahap stress yang tinggi. Mula la rasa mcm nak sawan kuar buih semua. Sgt pemendam. Biler dah pendam lelama, jarum sebesar kuman punya pasal pun aku leh meletop tetiba.. Kebabbommmm! Wachaaa bagai! Sgt Observant! Kiranya makhluk Cancer nih mmg macam ini.. misteri di nusantara.....huhuhuhuhu

#3 ~ insan teristimewa?
fes of all mestilah Izzah & Imie.. klu tak apa pekdahnya aku sakit banak semuakan.. heheh then would be Mr MZ.. hehehhehe then Abah & Mak...Adik beradik..dan seterusnya kawan2 aku yang rapat bangat! Muahhss i lap u sampai kering aaaa!

#4 ~ faveret food?
italionos barbados semua..sgt suka..giler eskrem dan chocolate..dan sgt2 sgt2 sgt2 suka minum kopi/nescafe! I loikeee.. klu tak dapt sehari..aku pening. Leh gitu? Then aku suka tomyam. Tapi food yang paling dasat sekali aku suka ialah rendang daging, sambal tumis ikan bilis dan mee kuah mak aku buat.. Marvelouss!!!!

#5 ~ faveret kaler?
gue suke HITAM, MERAH, BIRU! Paling menyampah warna hijau ngan kuning. Sgt macam tuuuut! hahahahahha

#6 ~ faveret song?
Cinta dan air mata by CRK. Aku tahu lagu lama giler nak mamps!. Tapi aku sgt suka lagu ini, sampai skrang.. Ada rahsia di sebalik rahsia.. huhuhuhu

#7 ~ sikap yang buat anda stress
menggelabah, menggelupur, macam bagus, yang mangkuk tingkat, selfish!

#8 ~ 3 mender yg mesti ada dlm handbag
purse, handphone, kunci umah, thumbdrive, card reader, digicam, ubat-ubat, lipstick, facial cleanser, compact powder, spectacles (klu tak bawa, aku buta sehari okeh!) tuh belum lagik aku gi keluar jalan2 ngan family, confirm botol susu 2, diapers, mini wipe tissues, minyak yu yee mesti ada dlm handbag aku. That’s why semua handbag aku besar bagak, klu bley aku nak letak imie gak sekali..one shot jadi baby sling.. hahahahhaha (rasa maca dah lebey 3 benda jer hahahahhahahah)

#9 ~ kali terakhir anda menangis beria-ia?
aku dah lama tak menangis....tpnya aku selalu nangis dlm hati sajorkk..penyu menangis siapa yang tahu.. huhuhuhuhuhu

#10 ~ mari kiter lihat saper yg kena tag! hahaha...
ila, ann, nurul, mai dan sesaper yang baca..hahahhaha macam ramai jer yang bacakan.. hahahahahha

4 comments:

Filla said...

haha ko ni lawak ler fara!.. tp suker jek aku baca..heheheh.. ko menci hijau dan kuning..sama ngn aku..tahap nyampah!! hahaha.. ko ada penyakit nervous tahap menggelupur eh? hahahah lawak tul.. aku leh bygkan ko panik cemana... heheheheh... aku pon rasa nak nyebok buat tag ni walopon ko tak tag..tp ko kata utk saper yg baca blog ko..auwww..aku ler tuh!!

...$weE+ 666... said...

muahahaha... ko baru tahu si fara ni lawak ke filla? ko nih... dia dah mmg dah lawak sejak dari kurun masihi yg ke 666 ko tau tak... muahahahaha... lagik satu aku tak puas ati si filla nih, aku kan dah tag ko... nampak sgt tak baca blog aku... sedey dowhhh!!! :'(

fara... cargasss ko ek... dah buat tag tapi sket habuk pun tak tinggal jejak kat blog aku, ni yg aku nak marah ni wehhh... bizi kononnnnnn, nyiampah!!! aku rasa lawak part ko ckp sejak ko kawan dgn kie ko rasa ko gemok. ha ah ek, per kes ko bleh terjatuh chenta pastu terkawin dgn kie ek? cuba ko story mory sket... cewahhh!!! kie tu sampai skrg pun kecik jerrr... tp takpelah, itu jodoh ko kan! tak kisahlah tu sumer... janji korang bahagia! janji dpt anak comels mcm izzah & imie... pedulik haper kan ko besar dari dia pun... ngehngehngeh! pastu kan aku mcm terkesima jap bila ko ckp lagu faveret ko "cinta dan airmata" by crk... giler lama tu! ko nih very old skool arrr... aku pun suker gak lagu tu dulu, tp dah lupersss... cuba ko nyanyi sket! kuat sket! aku tak dgr nih! ko kan jauh kat temerloh, kuat sket...

wehhh aku pun suker sambal tumis ikan bilis. hehe... dappp! pastu aku pun tak suker hijau & kuning. marah kedah dowhhh, warna dorang tu! hiks! ko nih kan owang suruh bagi 3 mender dlm wallet ko belasah 33 mender, apa kes?!!! huhuhu... tapi best! suker aku baca! thats y aku suker tagged ko! tangkas, pantas, cargas, bernas dan bergas! hahaha... (ingat air coke ke?) *wink*

ila de cute said...

wei fara, aku suka le warna hijau tapi kan dulu ex bf aku ckp kalau aku pki ijau dia terbayang kan katak..boleh gitu?? sejak tu aku tak suka ijau...

ila de cute said...

wei fara, aku suka le warna hijau tapi kan dulu ex bf aku ckp kalau aku pki ijau dia terbayang kan katak..boleh gitu?? sejak tu aku tak suka ijau...

 

Blog Template by BloggerCandy.com