Tuesday, August 25, 2009

.grill pan oh grill pan.

Last month aku balik Kelantan. Tetiba jer kang ada org tanya aku kenapa aku balik Kelantan. Balik untuk jenguk Tok Ayah laki aku. Dia merangkap bapanya kepada MIL aku. So biler balik, kami berkonvoi 4 bijik keter yakni, PIL's, SIL's, BIL's dan kami's.

Jadinya semasa kami di sana, kami telah bergerak ke Rantau Panjang. Dan semua orang telah berpinar mencari pinggan mangkuk piyuk belanga bagai. Dan aku jer yang lek2 jer. Ingat nak rembat sesuatu yang susah nak dapat. And yes, rega corelle ker..luminarc ke.. arcopal ke..vantage..noritake ker..adalah jauh lebey murah dari tempat lain. Macam noritake tuh for 16pcs set aku tgh kat KL dalam RM1k lebey..kat situ adalah dalam RM800 lebey.. so lebey murah.. adakah aku merembat noritake? Dengan anak kecik yang masih kecik.. aku nak merembat noritake? Ada kang yang kena pakuk ngan En Zaki. huahuahuahua

So biler semua orang parkinson keluar masuk kedai, aku plak melayan Izzah yang berpuluh kali suh aku beli air. Dan masa nak beli air tuh la, aku termasuk kedai ini di mana MIL aku pun masuk... dan aku ternampak ini!!!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Grill pan idaman kalbu



Aku sudah jumpa grill pan idaman hati aku. Wooooohoooooo!! Sudah lama aku mencari. Kalau dah jumpa pun, mesti aku pk 56 kali sebab of the price. Aku kan kedekut nauzubillah. Then biler smpi kat sini aku terus tanya rega grill pan ini. Dia kata Rm50. Aku kan penawar..So aku tawat to the limit.. dapat la beli RM42 dengan syarat jangan cakap kat sesaper. Oooppsss! Aku cakap ker?? Aku type jer kan..? Muahahahahahahahhahaha



walaupun cap Zebra jer..dan bukan tefal..maxim..gourmet..ikea..tapi aku tetap suka..sbb it works the same.

Dan semalam aku telah pun menggunakannya untuk memperangat hidangan berbuka puasa yakni si ayam percik En Zaki yang punya. Jenuh dok pk..macam mana aku nak hangatkan percik nih. Masuk oven kang..kering..(aku takder microwave yer)..nak hangat atas kuali kang..melekat2 dah tak lawa.. then aku teringat aku ada pan ini.. Wahhh.. sangat hassle free.. takder lekat2..senang! Mulalah aku merancang nak panggang macam2 ateh pan nih.. Dan most of all, dia masih moist!!!! Me loikeee!!!

ayam percik on the grill..heheheh


dan ini hidangan berbuka puasa.. simple jer..dan tak membazir...



tepung pelita..kalau orang Perak panggil kuih limas.. heheheh


kuih akok untuk En Zaki..his faveret kuih

Sekian sajer cerita dari bilik berita.. hehehehhehe

Monday, August 24, 2009

.Selamat! Selamat! Slamat Hari Raya!.

SELAMAT! SELAMAT! SELAMAT! SLAMAT HARI RAYA! ARMPUN MAAF DIPINTA, MENCUCI HENING DOSA. HO! HO! (Siler nyanyi ikut lagu Jingle Bells yer..muahahahaha)

Sabar! Sabar! Aku tau awal giler kan nak wish SELAMAT HARI RAYA! Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur lalu telah ditelan lalu dijamah dan didigest dalam perut ku..lantas diacu menjadi ketul2an di dalam lubang tandas.

PANGGG!!!!!

Siler.. siler..siler pang saja diri ni. Sebab jiwa tengah kaco nih.. hehehehe.. So macam mana posa? As for us.. ari pertama sahur jer...pahala posa aku dah berkurang seawal pukul 12 tgh malam.. Biler aku yang baru nak lena ini..(setelah melayan nurrrr nurrrr nurrr kasihhhhhhh... then melayan gaks Overhaulin')... dikejutkan oleh suami ku yang penyayang dengan nada penuh kasih dan mesra...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Woii!! Woiiii! Kul 5 dah nih! Kul 5 dah nih! Dan menggerakkan aku dengan belaian yang boleh membuatkan jantung aku kuar sambil mengucap...dan masuk balik di tempat asalnya..

Apakah perasaan anda apabila jam di hp baru pukul 12.05tgh malam!!!????

A. Peluk cium dengan penuh damba laki itu, sambil mengucapkan Thank you sayang...
B. Terkejut dengan penuh sopan santun, Opocot yang nih.. Terkejut i tauu..
C. Kasi elbow kat tulung rusuk dia sambil berkata, Yang, tidur la balik..baru kul 12.
D. Kembiri sahaja laki itu.
E. Tiada di atas..

Jawapan aku ialah E. TIADA DIATAS. Sebabnya jawapan aku haruslah, ambik air panas dalam thermos di side table, dan jirus ke atas badan dia.. Lalu di siat2 kulit yang tengah mengelupas lalu di kering kan di ampaian dan di jahit semula kepada badan yang empunya laki.

Kan dah habis pahala aku awal2 posa dah. Disebabkan kesopanan laki aku itu, aku telah mendapat migrain sehari suntuk sebab terkejut dengan kejutan mambran laki aku itu. Biasalah jawapan aku mestilah kill 'em all punya jawapan. Walau hakikatnya aku nih cukup susah nak bagi panahan asmara kepada laki aku. Hahahahha batak kan? Sangat batak rabiikk!!!

Ok ok ..habis sudah posa aku bagai. Biasanya early posa, tak kiralah hari minggu ker hari kerja ker.. mesti berbuka posa di rumah PIL. Aku kan konsep saya yang menurut perintah. Dah la raya kat sini nanti. Tak tahu lagi nak balik ker idak Ipoh. huhuhuhuhu So for the fes day of break fasting, aku tak lah masak..sbb MIL aku masakkan.. Aku hanya buatkan pudding fruit cocktail alagappas.. marvelouss! Licin 2 mangkuk tingkat pudding itu. hehehhehe

As for the 2nd day, still berbuka di PIL's. Dan tak perlu masak2 bagai. Kie gi beli ayam golek dan kuih2 yang lain2. Selamat hari jadi... Aku masih sakit pala lagiks. Malehnya la nak pk apa2. Padahal leh jer masak apa2 untuk bawak ke PILs kan. Tapi sangat tak best. Sebab posa dan pala sakit ngung ngung ngung.. Imagine that. Masak lagi utk anak2...kerja umah pun tak buat.. Buat lagi pangai kejutkan aku macam nak bunuh orang...

And for the 3rd day..yakni ari nih.. aku telah selamat. Selamat hari raya.. Dah tak posa.. hahahaha.. *develish grin* Tapi tulah..fes day..rungsing aku. Dgn peyed painnya.. ngan kaki crampnya..

*sigh*

So, SELAMAT HARI RAYA! (untuk aku dan kaum seangkatannya..) hahahahahha Ari nih aku half day, sebab nak gi physio petang kang..

p/s: hehehhehehe



Friday, August 21, 2009

.pektis utk posa.

Nanti bulan posa, waktu lunch nak buat per? Hehehehe lunch tadik aku dah pektis cara2 nak habiskan waktu sejam tuh dengan?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Marvelous! Diri dilitupi oleh shawl dan sweater. Sini sejuk ya Rabbi! Heaven!!! Mantop!!! Maybe Isnin nanti aku bawa selimut. Hahahahahahahahhahahah

Epi Ramadhan everyone!

p/s: Kepada Lenny dan Jujue, TAHNIAH beb! Am happy for you! Welcome to the club! *wide grin*



.ramadhan al mubarak.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan! The month I've been waiting every year. Tak sabar nak berpuasa dan membuat ibadat. Sebab dalam bulan ini, setiap ibadah yang kita buat walaupun sikit, berganda-ganda pahalanya. Yahhoooooo!!!

Tapi dah kena sikit2 kemas umah, sbb this year we will be celebrating 1st Syawal di Pahang. Huhuhuhu.. Last year kat Ipoh, so rumah tak perlu beria di kemaskan. Hehehehehe Huh puasa tak start lagik, dah sembang pasal raya. hahahahahha

So, ramadhan yang menjanjikan beribu ganjaran untuk kita berlumba2 mendapatkannya. Biler nak buka puasa tuh janganlah gelojoh sangat. Beli mana yang betul2 nak makan jer. Jangan tengok semua makanan, semua nak beli. As for me, kena masaklah every day for break fast. Tapinya takper dapat pahala. Maybe nak beli pun, kuih2 jer.

So kawan2, selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini. Semoga puasa dan ibadah kita diberkati dan diterima oleh ALLAH!

p/s: My temperature is going down to 37.8c. So I guess it's a good sign though. Yang bestnya, I feel great but the fact is my body is actually not good. Imie dah stable... 37.1c. Dah mau makan. Dah bley bergurau. And I'm glad that I get my son back. I missed cudling him!




Wednesday, August 19, 2009

.alhamdulillah.

Latest about imie ialah, temperature dia masih terkawal. Dalam 37.5c. Tgh malam semalam, it was 37c. Alhamdulillah. Tapi masih kena tengok2 gaks. Sebab takut tetiba temperature naik semula. Doc kat Pusrawi kata within 72 hours, mesti insyaAllah ok. Kalau tak baik gaks, kena bawa balik semula for further investigation. Just hope that it won't extend to there k.

Alhamdulillah, kerana Imie semakin pulih. Dedar. Tapi recovering.
Alhamdulillah, kerana di saat genting banyak yang menghulur kata2 semangat dan doa.
Alhamdulillah, kerana masih ada budi dan humanity dalam masyarakat kita.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

InsyaAllah, dalam bulan Ramadhan nak buat sikit majlis kesyukuran atas imie's recovering.

Terima kasih atas doa dan ingatan semua. Appreciate it. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


p/s: Dan sekarang aku laks yang demam. Tetiba jer demam. Lepas dinner, aku tunggu Kie habis solat dulu. Tetiba jer aku pening, telinga kira berdengung, kelenjar sakit, sore throat dan susah nak bercakap. Aku duk atas sofa. Then aku terus check temperature, and it was 38c. Terus aku mkn panadol, soluble dan bila kie turun aku suh dia beli 100 plus. I can't affors to fall sick. Slipped disc aku leh gaks gagah buat kejer..handle anak2. Tapi demam aku tak leh bgn. Kesian kat anak2. Hopefully I still can bertahan sampai ke akhirnya. Tak best demam masa Ramadhan.


imie masa masuk drip the other day..

Tuesday, August 18, 2009

..dia sakit lagik..

Hati mak mana yang tak sedih..bila anak yang sangat riang..dan kuat makan..lesu tidak bermaya di pembaringan. Sedih sangat. And that's how I felt about Imie, when he fell sick for 7 days! Starts on 11/8, Imie dah start demam. Tapi at that time it was, 37.5c. Dedar macam tuh. Masih leh menari shuffle lagik. Makan pun ok. Tp dah kurang makan. Sangat cranky.

FYI, Imie seorang yang sgt ceria.. Menggelabah..tapi still acceptable. Berbeza dari Izzah. hehe Imie seorang yang sgt cool. Rileks kat kompleks jer. Walau macam mana dia cranky pun, sua jerlah biskut ker roti ker.. sure cool balik. Makan non stop..tapi tak nampak chubby sebab dia sgt aktif. Suara dia halus jer. Dan kalau dia menjerit macam mana pun, tetap nampak comel. Sebab tinger kami tak sakit biler dengar.

Jadi biler dia jatuh sakit, hati aku sangat sayu. He didn't eat like he used to. Minum susu pun tak pernah habis, walaupun bancuh separuh botol jer. Dah tak menari shuffle selama seminggu. Biler kami tengak temperature dia rising tetiba, kami bawa dia ke GH. Sebab takut gaks ngan wabak yang menular sekarang. Jangan tanya aku lah camner keadaan kat GH. Hectic!! Dan sangat irritating the staffs. Mmg hev to admit, semua kakitangan MOH tgh giler ngan extra hoursnya due to H1N1. Aku faham. But then, that could not be the reason for irresponsible action. Sgt kurang ajar.

Aku bernasib baik, sbb aku masih dalam keadaan vogue baru balik dari kerja. Dan sebab aku spoke in London, maka aku dilayan. Aku request utk imie masuk drip. sebab aku tak larat, due to my so called slipped disc. Walaupun muka cam puns*, tapi dia masih layan request aku. Last2 towards the end, aku dapat pangkat CIKGU. Sebab dia orang ingat aku cikgu, coz' i speak in London dan sgt riak muka yang sangat berlagak. Kita kalau nak ke GH, kena buat macam tuh. Kie tengok muka aku, aku tgk muka dia. Then aku tanya kie, dia tak nampak apa jawatan aku kat dlm GL tuh. Sori mai, aku terpaksa rampas title ko buat sementara waktu. heheheheheh

Back to Imie, semua benda kami dah try. Kami berusaha cara kg jugak. Solat hajat. Tapi agaknya Allah nak uji kami sekeluarga. Nak test sama ada kami nih kuat atau tidak menghadapi cabaran. Kami redha akan ketentuanNya. I skipped my physiotherapy last friday, sebab aku tak sampai hati tinggal imie lelama. Reschedule it next week. Akibatnya aku sakit, jgn cakap la. Sebab dah tak buat excercise, due to lots of chore to do. Memanglah kesihatan diri kena jaga jugak, tpi do put in my shoe before making any assumption.

Then ahad malam, PIL buat kenduri sambut posa. Ahad malam tuh jugaklah, temperature Imie naik tetiba. Ubat demam dah habis 2 botol. Walaupun penat, aku takut untuk tidur. Sebab afraid if I sleep, I might loose him. Semalam, kie balik kul 11.30, dia tanya imie ok ker. Aku cakap imie tak ok. So bergegas kami ke Pusrawi tgh hari tuh.

Alhamdulillah, kami dah tau sebab kenapa Imie demam berlanjutan. Darah dia ada jangkitan virus dan bakteria. Cuma yang frustrated nya ialah..kenapa biler gi GH dia orang tak leh detect semua ini. Bukan tuh jer, blood test pun tak buat. Sangat frustrated. Rasa nak jerit jer. Kita kena act yang kita nak jawatan bagus2, baru dia orang layan. If not, ingat kita nih org kg jer. Hello??? Orang kg pun leh jadi jutawan Hai O gaks. Tetiba jer.

I AM A GOVT SERVANT! DOESN'T A GOVT SERVANT DESERVES BETTER FROM THE GOVT ITSELF? Sangat sedey..terkilan dan frustrated.

*sigh*

To those yang smsed me..YMed me.. called me...thank you so much for the supports and endless love and doa. Appreciate it. For YOU, you know who you are. I humbly say thank you!. Moon, terima kasih buat footnote kat dlm blog entry yer. Lap u sampai kering. Tunggu aku lek dulu, baru aku upload project itu yer..

Friday, August 14, 2009

.the day that she turns 3.

Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! Aku leh loginnn bloggeerrrss!!

Anak dara saya telah pun berusia 3 tahun last 11th July. (Blame the internet chaos, for not blogging about it earlier..huhuhuhu) Jadinya aku jarang bercerita tentang anak2. (huh memula saya then..aku..) So what should I story about her? Apa the latest achievement?

Dulu kan aku selalu mengeluh, Izzah lambat bercakap. Sekarang nih pulak, cakap tak berhenti. Seriously! Tak berhenti ok. Dia hanya berhenti cakap, kalau dia tidur. Even tengah berak ke mandi ke.. cakap tak berhenti. Makan lagi la. Sampai tersedak2 di buatnya, sebab nak bercakap gaks. Hehehe


izzah masa baby...

Izzah sangat peramah. Semua orang dia tegur. Jenis kamikaze punya orang. Banzaaiii!! Kill 'em all punya orang. Semua dia redah. Tanpa ada rasa takut2. Kalau the people dia jumpa tuh annoying, dia leh selamba badak cakap, LU PIKIRLAH SENDIRI! Aku ngan kie plaks yang takut kena pelangkung. Huhuhuhuhu


izzah masa teman ummi gi jumpa gynae..pregnant with imie..

Masa beli kasut raya, (sebelum gi jumpa Filla ngan Radie ambik frame) dia leh bertaki* ngan sorang girl nih. Sebab that girl try kasut yang sama ngan dia. Wehh..ni kasut koi*.. Watper ambik kasut koi nih..

Sangat PAHANG okkkk...

*Bertaki = bertegang urat
Koi = saya

Yer..dia lahir jer kat KL.. ic dia KL ok.. Warga negeri KL okkk.. Tapi kat sini, dia telah dislangakan kepada PAHANG!!!! Semuanyaaalahhh...

Ada satu hari dia nak suh aku buat susu.. UMMI!!! Susu koi manaaa??? Tolong buat jap susu koi nih.. Imie ambik kuttt..

PANGGGGGGGGGGGG!! Dalam hati jer aku nak melempang dia.. hehehhehe


Memang really trying my patience tauuu..

Suka sangat nagging, nyot nyet nyot nyet.. huhuhuhuh mencabar keimanannnn..

izzah on her 1st bday

Tetiap ari suh pasang cd Hi 5. Sekali pasang kena smpi 2 kali play! Kalau tak ikut, meroyan guling2.. sangat stress.. Sebab dia hanya leh get along ngan aku jer.. Ngan En Zaki, harus kena back hand kang. Tak sanggup rasanya. Kesian. Sebab pompuan selalunya lebey sabar dari lelaki kan?

Sekarang dah pandai demand. What to wear. Sampai nak tidur pun nak pakai dress. Sikit2 nanti, Koi nak pakai baju chantek ummi. Tolong ambik tali pinggang. Koi nak pakai baju lawa jer. Tolong lahhhh!

Tapi biler dia takder, sgt sunyi geli geleman biler tinggal ngan Kie jer. Macam skang nih, ptg jer aku gi phisio kan. So tgh ari tuh, hanya ada kie ngan aku jer.. So sangat geli plak biler tinggal berdua jer. Hahahahhahahahahaha

So moral of the story..Selamat Hari Lahir yang 3!. Semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar kata..dan berjaya dunia dan akhirat!

p/s: Nanti will upload the latest picca of her. It seems that the line os not on my side though. Huhuhuhuhu

 

Blog Template by BloggerCandy.com