Thursday, December 6, 2012

..M.A.L.A.S..

Mode MALAS dah datang. malas dah nak aku basuh. Mari kita hantar dry cleaning. Tak kosa nyah nak basuh. Tambah laks musim-musim hujang nih. Lagi pun affordable, RM5 untuk sehelai tudung. OK problem settle..



Busy aku semenjak dua menjak nih. Hari minggu tak duk umah. Duk umah lagi satu, so bila aku nak basuh-membasuh nih? Tambah plaks asyik mengemas tak habis-habis. Punggah kat umah sini.. kemas kat umah sana.. Preparation demi preparation kena buat sebelum sekolah bermula. Kalau tak huru hara kejadian aku nanti.

Eh tadi kata mode malas kan.. kang kang aku update lagiks.. ;)

p/s: Pic dah hapload kat instagram waima facebook.. saper nak polo kat instagram leh leh.. dipersilakan.. tapi kalau nak add kat facebook.. minta mmaf yer.. buat sementara waktu, tak terbuka lagi pintu hati untuk open lagiks...harap memaafi yer..

Monday, November 26, 2012

..anak dara saya..

Lama tak citer pasal anak.. Asyik2 aku asyik2 aku.. lagi2 aku.. aku lah lagi.. lepas aku aku.. hehehe

anak dara saya mood dia adalah ke laut. but compare masa dia tadika dulu, masa pre school banyak dah berubah. lebih calm, dan temper tantrum yang aku pernah citer dulu dah jauh coolnya. tantrum la gaks. tapi still bearable.

Cumanya bila dah penat, mula lah perangai cam taik. Temper tak semena2.. yang jadi mangsany akulah, sbb aku kul 6 baru sampai umah. memang cari penyakitlah kan. sebab aku dah memang sedia penat ngan kerjanya.. ngan travel sejauh 45km nih.. memang penat.. tetiba out of sudden ko balik rumah mengamuk2.. hempas2 barang semua.. meh aku hempas kepala ko nak,baru tahu? (owh itu cuma percakapan dalam hati jer, hakikatnya akulah ummi yang penyabar itu)

;p

Izzah kalau mood dia molek, wahhhhh terus jadi over rajin.. sampai benda yang aku tak suruh pun dia buat.. sampai rungsing di buatnya.. walau di tegah, tetap nak buat.. ummi layankan jerlah anak.. tapi kejap jer dia ok.. biler mood dah ke laut, mulalah buat kelaku. Sampai aku rasa asap dah kuar dah kat tinger nih...

nih masa raya haji, nak sangat menolong aku kan.. sila duduk tepi longkang 
umah wan goreng kacang yer.. ummi nak buat kuah kacang.. :p

Kekadang sian kat dia nih. si adik selalu gaks buli dia. Sebab tantrum si imie lagi power dari izzah. Dah turun ke imie agaknya. Stress aku kalau bebudak nih bergaduh. Jenis gaduh macam wrestling sorang kepit kepala adik dia, yg sorang lagi gigit kaki kakak.. T_T

So far ok jer melayan si izzah. Cuma bila dia moody, temper mengalahkan orang dewasa nih. Stress aku kekadang. Tapi tak tahan, ku tangankan jua. Cuma tangan mak nih kuat manalah. Aku picit sikit jer dia punya melalak umpama aku pijak perut dia. Sambil menangis mengongoi.. ummi buat kakak... ummi buat...  itu baru aku picit jer.. Bukan cubit betul2..

*sigh*

izzah with her kakak kazen.. masa raya haji arituh..

rambut dah panjang sangat.. maka mari kita cantas rambutnya.. tak tahan aku biler 
aku balik jer dari opis, rambut mak aiii berserabaiiii.. yer bestnya duk kat area 
pedalaman nih, biler sekali cantas kena caj RM5 sajork... ngeeh ngeehh ngehh

Walau macam mana Izzah buat kat ummi, hakikatnya ummi ngan abah sayang izzah.. Izzah anak pertama kami, bukti cinta kami masa mula kami berkahwin. Kadang kala kami marah bukan sebab kami tak sayang.. tapi hendak Izzah menjadi orang. Cuma janganlah tetiba moody sayang oi.. sentap tak pasal2.. tekanan kami berdua nih nak handle sayang oi.. si imie lagi satu mazhab..

p/s: whatever it is.. selagi hayat di kandung badan.. izzah dan imie tetap akan kami jaga sebaik2nya dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat... aminnnn...


..pukul 3 pagi..

gara-gara makan shitake masak cili api semalam, aku bangun se awal 3 pagi lagi. sebab belakang aku sakit rasa pinggang nak terputus dua.

hoi la.
ingatkan kalau makan cendawan fresh tak la sakit. dari goreng tepung sampaila ke masak cili api... aku memang bantai dalam keadaan separa sedar. kecur berjejeh air liur aku... tuh pun bila dah kuar, slurrp balik air liur tuh.

huhuhuhu...

and today hazab. ambik ko nak sangat. sakitnya tak dpt nak deacribe dgn kata2. macam ditarik2 jer tulang tuh, sambil berkata, .... ambik ko! ambik ko! ambiklah......! (baca dengan nada sora gopal boboiboy)
ngeeeeeee.....

belum makan ubat lagi. kita kasi tahan badan nih. tapi dah sapu felina inchloss... hehehehe apa connection ntah. tuh nak bagi tau yang aku sedang memakai cream itu. tunggu jer outcomenya...hehe

nih gambo dari instagram.. maleh nak watermark bagai... :p



Friday, November 23, 2012

..dia dah sampai..

pembelian untuk suku tahun ke empat dah sampai. Bagus bagus leh pakai. ganti kasut aku yang berkurap nih. tapi cam sayang laks. Ngeeeeeeeeee.....









p/s: tak expect pun sampai se awal ini..mana aku nak sorok pun aku tak tahu... confirm simpan kat opis dulu baru aku pakai... hahahahahah


Thursday, November 22, 2012

..ari nih ari khamis..

...oleh itu mari kita membatakkan membatikkan diri.. love this crepe batik. and it is cheap too. walaupun material rasanya dari crepe yang lower grade but the color reflects me. color peberet blue and pepel.. untuk 4 meter pada rega RM180 adalah berbaloi. sbb kombinasi color memang ngam ho la.. :)




p/s: dah 13 tahun bekerja baru beli batik betul.. if not beli yang ala batik jer... huhuhhu kesian... :)

..episode lupa diri :p..

Semalam aku mc. Sebab salah urat kat bahu kanan. Agaknya masa bangun dari tidur tuh, telah menyentap urat-urat lalu berlaku la penggelenceran dari paksinya. Auwww sungguh syahdu plaks ayat itu. Walaupun rerasa ejaan macam pelik, tapi apakah kisah aku?

So semalam, jumpa doc bla bla bla bla kencing sikit dapat la mc. Sebenarnya aku bosan dok opis. Mengadap malaun yang sorang tuh yang period kemahin tak pernah putus. Bosan kejer ngan situasi pejabat yang jenis menghempas2 nih. selalunya aku nih workaholic gaks, tapi semalam mintak mangap.. tinggal horlicks jer.

Nak balik terus confirm la tak leh nak rest2 kan kepala otak yang dah tepu nih. Letih memindah pun tak habis lagi. Nak gi massage2, hmm tak mampu den nak membayo RM85 jer pun tapi sebab nak nunggu gaji bulan dec yang memakan masa 25 hari lagi...biarlah badan aku sakit noks.. kang dari sakit tapi terceret nak makan.. lagi haru.

So terterjah ke Starmall. Starmall adalah high end shopping complex yang ada di daerah Temerloh nih. Giler high end tak sampai 30 minit aku dah habis tawaf satu bangunan. Huh. sib baik ada GSC. Leh aku tengok skyfall. :D (Mapuih aku kalu Mr Lucky tahu nih)

After 7 years, finally kuuuuuuu jejakkkkkk jalan yang berrrrrlikuuuuu... Dah 7 tahun tak tengok wayang. Giler dowh. Sib baik tak spastic masa membeli tiket tuh. And it was wednesday, and the ticket was RM6! Weeeeeeeee... Sudah sep di situ. Hahahahahah Siap tanya kenapa RM6? Sebab the last time aku tgk wayang, kat KLCC it was RM10 ok.. and that was 7 years before.

Tepat 11.50am film pun bermula.. 2nd last row... satu row.. seat no 7... aku jer sorang konker row itu. Yang belakang aku nih penuh youngster yang mulut cam cilanat dok memekak jer dalam theater tuh. Sib baik dia orang tak paham, dia org blah half way.. baru lah aku aman damai tengok wayang sambil mengunyah caramel popcorn beserta coke yang bernilai RM5.70.

But it was worth it. Kerinduan membuak-buak kepada beliau telah terubat kini. (Kalau Datuk KP aku guna ayat beliau nih, sure dia marah. Sebab dia kata beliau nih hanya untuk orang-orang yang penting jer, bukan orang kebanyakkan).. helooo Craig David Daniel Craig nih penting dalam idup ai ok... Dialah paksi kejayaan ai.. the air that I breathed... (ilang ingatan plaks tak sedo diri dah kerepot dan dah kahwin dan beranak 2)

ngeeeeeeeeeee

Yang penting hati sudah berbunga2 dan belakang pun terus ilang rasa sakit apabila mendapat nih....




























































Dah lama tak main scroll2 nih...


























































p/s: kecoh ko maria.. kotak kecik jer pun... oooo nak massage ko tak dak duit yer... nih ada plaks ko duit... uikkk salahkan napsu sarakah ai ok... bukan kat ai... :p

Tuesday, November 20, 2012

..tak tahu nak type apa..

At 10.30am I just realised one thing. Aku lapar. Kul 7.20am smpi opis baru realise aku tak makan sampai la nih. Huk alo. Tefon tingkat bawah geng2 semua dah gi makan. Bagus. Aku lapar nih weh. Takper aku kol. Sib baik tak balik lagi. Dah la makan kat Pejabat Pos. Apsal bila aku tak sibuk tak nak ajak aku makan laks kat tempat jauh sikit.

Huh dengki tul. ;)

Makanan pun sampai. Then tetiba tengah makan dengan lajunya, public datang ke kaunter. Layan kejap. Then sambung makan. Tetiba tengah makan, tetiba ntah datang dari mana airnya, aku jadi nak kencing sangat2. Out of sudden, bladder tetiba full. Huiskk tengah makan nih. Guane nih? Takkan benti laks, then gi kencing. Lepas tuh sambung makan balik?

Hoi itu sudah leh bentikan nafsu serakah yang tengah membuak-buak makan nih.

Maka terjadilah episod sambil makan sambil kaki menari2 oppa gangnam style.. huhuhuhu

Sangat hazab nak menghabiskan nasi goreng telur dadar nih.. Sehingga ke butiran yang terakhir nasi tuh, aku still menari2.. Habis jer suapan yang terakhir, aku jadi parkinson menggeletar2 ibarat kena jumper keter, terus meluru ke tandas.

Settle masalah.

Tetiba tengok cermin... huh muka adalah horror. Baru pakai fondation ngan compact powder hari nih. Selalunya aku pakai bb powder jer. Akibatnya??? Kening aku beruban bila fondation dan bedak bertapuk di bulu2 kening itu.

Huh baru nak bermake up sikit. Dah macam MUA untuk Rosminah Sidek tapi untuk aku versi berlakon dalam filem.

Mencik.

p/s: kan aku cakap aku tak tahu nak type apa.. ambiklah type merapu takder aroh dah la weh..

Tuesday, October 23, 2012

..nak merempan tapi terpana tgk layout blogger dah bertukar..

Blogger layout dah bertukar rupanya.. hajat di hati nak merempan, coz work sucks at the moment. Tapi terpana melihat layout dah bertukar.. Nampak na dah lama tak menaip.. hahahahaha

Ok.. Aku nak merempan.

Sebab masalah yang berpunca kepada Soh Chai nih, aku telah terpaksa buat amendments dalam report aku starts dari Disember 2011 until recent. Menci aku tahap barbados! Amendments after amendments, aku dah rasa diri aku nih bodoh! Sebab my superior suruh aku buat amendments yang melibatkan 9 bulan punya recon statement.

Hoi!

ingat aku takder kerja lain ke nak buat? Rasa nak penampo di buatnya.. at the same time rasa bodo. bodo sebab setiap kali buat amendmends, email yang selepas amend..then dapat balik email suh buat amendmends. Kalau sekali dua kali waima 56 kali sekalipun, aku leh sabar lagiklah. Tapi dah masuk kali ke 57, aku rasa bodo sangat. Terasa diperbodohkan oleh boss atas aku. Macam aku tak reti buat kerja. Padahal ko nak menutup kesalahan korang, aku laks yang jadi mangsa buat amendmends tak habis.

Ces!

Bilalah aku nak jadi JUSA nih, so that aku leh perbodohkan pulak orang bawah aku laks.. kuikuikuikuikui


Wednesday, October 17, 2012

test dr phone

baru install software baru dlm phone. test dulu mcm mana kejadiannya.. hehe


Friday, September 7, 2012

..the desktop wallpaper..

Sebelum ini dekstop wallpaper pc kat opis aku adalah berkonsep mak-mak pergi pasar nak beli apa? (tetiba..) Yakni mestilah letak wallpaper yang berunsurkan kemakkan.. letak gambar anak2..



Owh chomelnya anak2 pada waktu ini.. Buatlah perangai macam mana pun, tetap comel tahap menggigit bibir sendiri sebab geram akan kechomelannya.. Cubalah skang buat perangai? Owh rasa nak pelangkung dengan tudung saji pun ada.. jenis bangsa ragam yang tak boleh dipujuk.. stress sampai cengkung ummi korang dibuatnya..

Selang seli dari gambar di atas.. wallpaper akan ditukar ganti dengan gambo femeli masa budak2 nih masih chomel lagik..


Oiii.. masa nih muka aku punyalah besar ibarat pinggan bujur yang letak siakap sweet sour.. oit oit oit.. tapi cerah sikit dari skang.. again anak2 mmg chomel terbaek hasil karya dua insan seni.. hahahahahaha

Lepas tuh wallpaper yang selalu di selang seli pertukaran dengan gambar2 di atas adalah seperti berikut..


Feleng2 macam ko sorang jer boleh buat muffin whereas orang lain tak leh buat.. Puiiiii... Hahahaha.. ini wallpaper saat aku bulan mengambang dan asyik lapo 24 jam.. Mencik.. other bulan takper.. kita letak pic lain sebab tak lapo.. hahahahahaha

Next would be tetiba rasa macam minah funky tak bley blah yang kekonon what aksi Lu Langsi Lu Mati hidup agi idup agi gelaban punya mode! Hahahahahahahaha


Designed by Chip Foose, one of the designer yang sangat melatops design kereta yang nak di make over.. Dia selalu muncuk dalam citer Overhaulin' kat chanel astro 733.. skang aku tak tahu ada ker idok citer tuh..sbb dulu ada gaks keluar kat 8tv.. Kenal chip foose masa dedulu dalam rancangan apa ntah tapi seiring ngan Monster garage yang jesse james duda si sandra bullock tuh.. (wah lagak cam jiran sebelah rumah kg buntot pulau lagaknya).. hehehe Macam mana dia design memang keluar sebentuk2 kat kereta yang di make overnya.. Giler!

Sekarang? I mean recently sejak balik cuti raya dari Ipoh..



The siblings.... aweeeeeeee.... :D

Wednesday, September 5, 2012

..yakin pada ketentuanNya..



" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 


- Heba El-Haddad

Tuesday, July 24, 2012

..wah update lagik..

Started this morning with I wanntt to healll... I wanntttt to feelll..

Giler ramadhan ramadhan nih leh laks ter Linkin Park. Actually I want to story this. I survive 3 days of fasting! Wah itu adalah jangkaan luar biasa yang di accomplish oleh moi. I was healthy last year. And not this year. The doc said I might not be able to fast this Ramadhan due to my sickness. But I prove him wrong bebeh!

Yes.. Hidup mati posa orang tuh bukan terletak pada tangan seorang doktor. Ianya terletak pada Allah s.w.t dan will power seseorang hamba itu. If selected, don't grumble. Bersyukur kerana selected. Sebab bukan semua orang di dunia ini Allah bagi sakit. Setiap sakit itu terdapat hikmahnya yang tersendiri. Aku only realise the hikmah after a year of struggles.

Last year would be my grumpie years. Where all the nonsense seems to happen. Dugaan demi dugaan datang menduga.. And yes I almost break down and not able to wake up. I have been blaming other people.. plant.. animal.. waima si elevator sekalipun.. and never ever muhasabah diri..

But then until certain point, Alhamdulillah.. Somehow I manage to wake up and realise and most of all muhasabah diri.. Berfikir tentang what's the pro and cons. What I have been doing wrong.. You know, sometimes we think that we did nothing wrong.. but truly the problems were create by us.. and yes when the egos struck, we tend to think that we are right.

Pasal sakit plaks.. Alhamdulillah.. even I'm still sick.. tapi bila kita redho.. everything went smoothly.. Like due to my illness doc said I cannot fast  continuous day la kan.. Tapi I prove him wrong! Walaupun that means I have to lay on the bed for 2 days straight. hehehe But still I manage to cook for iftar..

Semalam was ok. Tak pening.. tak giddy.. so far so good till today.. Wah semalam was a chaos and hectic for me.. sampai rumah kul 6pm. Then tanpa salin baju terus bersilat kat dapur. Campak2 semua benda sib baik jadik gaks makanan.. Dan licin.. Simple dish.. talapia merah goreng ngan sayur campur...



I thought of buying at PARAM. But Mr Lucky insisted that I cook. Beso laks gambo talapia nih.. hahahahha



Owh do not forget the mixed of lada kecik, kicap, bawang and cuka and salt to taste for acara cicah2.. Terangkat wa cakap lu.. Apa pun tak bleyyy... hahahahaha



Last but not least the sayur campur. Kang tak berkuah laks. Semua kering jer.. I love colors in my food. Tapi janganlah semata2 nak color, habis campak semua coloring dalam food aku. But before nih aku masak, terlebey letak kubis purple tuh.. habis color kuah turut bertukar menjadi purple.. Haiyaaa... Tobat dah nak letak equally banyak kubis purple tuh with other sayur. Yang best nyer confident bagi sayur kuah purple to IL next door.. Ntah apa la di ngumpatnya pun aku tak tahu.. heheheheh


Saturday, July 21, 2012

Punyalah lama tak update...

Punyalah lama tak update, I just realised one thing.. layout blogger dah bertukar weh? Tanjat gegirl tau.. Nih kira gamble gambate lah untuk update.. sebab giler lama tak update.. hahahahahha

So how's your ramadhan?

Mine was terlepek atas katil selama 2 hari berturut-turut... Period!.. Pening tahap tak tahu nak cakap apa dah.. Dugaan betul but manage to cooked for 1st iftar..

Hari Jumaat went for groceries shopping as well as lauk untuk di masak semasa berbuka puasa. FYI, my Mr Lucky bukan PARAM punya orang. Penat la gegirl nanti balik umah yang 35km jauhnya dari opis, terus masak.. Takper pahala!.. Siang gi TF (hypermarket tercanggih di Temerloh ni). Hajat nak beli bawang2 jer.. sekali tengok bawang horror belaka, but still dikerumuni oleh manusia2 di Temerloh nih. But the vege wise, is cheapo and fresh! Giler pulaks aku membelinya. Tapi memikirkan hanya aku jer yang makan sayur2an tuh, terus menqadakan diri.. Huhuhuhuhuhu The damage? Senget la bahu aku sebelah nih memikul bakul yang sarat serta 1 sarang telur gred B berega RM7.90! Murah!

Petang aku hasut gi Pasar Malam Lanchang ke Mr Lucky. Sebab stop kat Pasar Malam Chatin, haram kapadiang orang berjual. Harapkan orang jual ayam beku yang apakah sebelah ekor jer dah berega RM9?.. Sib baik Mr Lucky nak, itu pun sudah di saikokan oleh aku kang buka posa nak makan menda kalau tak beli lauk? Jenuh la gaks aku membeli, ngan Ikan Pelalin 1 kg aku beli sebab baru RM7! Fresh plaks tuh! Udang RM20/sekilo but aku beli gaks sebab giler bapak freshnya aku tengok..tapi rm10 jer beli.. Then buat rayuan ablasa tengok tulang.. makanya aku beli gaks tulang yang sekilo apa kes RM19? perghhh.. The damage? Senget gaks bahu belah se lagi bila penuh pelbagai plastic..

THE IFTAR.


Dah macam buat karangan aku tengok entry kapadia nih..

1st menu would be The Sup Tulang. Sapa yang pernah makan sup tulang aku nih dan pernah try resipi sup ini, taulah betapa cow melataoup kebabas rasanya.. sebab memang itang! The resipi? senang jer.. Ko tengok tulang ko tuh.. So agaks2 la kegunaan bawang merah, bawang putih, halia kena byk sikit.dan lada hitam.. ko blend dan tumis sampai garing bersama penumis.. i.e kayu manis, pelaga, bunga lawang.. Tapi make sure lah kena rebus tulang tuh sampai empuk.. Kalau sup cow macam mana sekalipun tapi ko punya tulang adalah macam geget getap sekerapp.. takder maknenya lah..


The damage? Habis licin.. halussssss sampai ke sahur...


Next would be the Ikan Pelalin goreng.. aka spesies kembung goks.. Kenapa pelalin? Aku tak tahu. Aku kahwin ngan Mr Lucky nih lah baru tahu pelalin tuh adalah ikan yang ada connection ngan kembung. Orang utara panggei Ikan Termenung.. and again.. don't ask me why termenung.. Kenapa tak terperanjat.. or bak kata imie... Termenunggg ku sendiirriiiiiiiii....


Last but not least.. the sambal hitam pahang! Aku kahwin ngan Mr Lucky baru tahu macam2 jenis lauk tradisional. If not aku tahu spagheti.. macaroni.. lasagna.. puiiiiiiiiiiii... hehehehe So fes time makan terus jatuh chenta.. itu pun masa pot luck opis ada kelik bawok .. rasa macam nok buat.. tapi koi maleh bebeno nak rebuh asang belimbing tuh.. perghhh terus tuko slang.. bakpe bio semok.. tetiba..

The sambal hitam is the combination of bawang merah, ikan bilis dan lada kecil yang di tumbuk halus lantas di goreng.. bersamaan asam belimbing tadi.. but my version is to use the asam jawa.. sebab koi tak kose nak merebus belimbing buluh tuh lelama.. kang ada yang baling tin dalang semok kang..

p/s: wah panjang lebar.. moga2 ramadhan kali ini semangat sikit aku nak hapdate blog.. heheheheh


Wednesday, March 14, 2012

..terjumpa gambo lama..

gambok when rahimie was 6 mos old.. sangat mantop!

p/s: wah ketara benar warna dua beranak nih.. pegang anak kena stylo k... Mr Lucky, nampak sangat kehitaman awak nih... auw statement berani mati.. ada yang kena pijak perut kang nih... hehehehehehhe i lap you strong yang... muahhsss..

..sambung balik citer..

Tanjat gegirl tau biler sorang polan nih menjerkah gegirl dengan kalimah...

"WOIIIII MANGKUK BILER NAK UPDATE BELOG???"

Sikit punya sopan bahser kawang aku yang sorang nih.. Sib baik kawan.. kawan yang dah kenal sejak dari kecik.. pulak tuh baik sampai sekarang.. kalau tak baik, dah lama aku bagi kentot berapi2 kat ko.. sakit jer hati aku nih.. sib baik hati gegirl jenis lek lek jer.. kalau dapat yang sikit sound terus sakit hati? hmmm tak tahu la.. see you in hell la jawabnya.. heheheheh

Biler dah habis berjalan umah sedara mara, anak2 dok mintak nak gi tengok air besar lagik. Berambus la kita orang ke Pantai Irama kat Bachok, where our lodging held. Kami kalau ke Kelate, memang habitatnya adalah di Beris Kubor, Bachok.

Manusia yang paling evergreen adalah budak kepala besar nih...

Sebab nampak air besar nih...



dialah makhluk yang paling happy sekali...

whereas si kakak adalah dalam keadaan moody sekali... semoody fenomena ombak besar
waktu itu
tetapi biler mood dah ok.. jadilah aksi king kong kepala kemek...
si adik tetap dengan aksi peace.. ada aku kesah ko nak moody kak oii?


lagi aksi mood swing dah kena hempas ngan ombak


ummi please take picca.. yer lah anak.. ummi take picca la nih.. ko nih kakak..
gigi dah la twin2 semuanya.. berani tul nak buat aksi show your teeth nih..



lagi aksi terkinja...


muka budget cute! perangai kena cute gaks kakak oiii..


the temerloh next top model? ada yang aku pakuk kang. hahahahha



moody disebabkan turun2 jer kereta nak benda eskrem nih.. lek2 la weh.. jalang2 dulu.. baru la leh pekena eskrem ke.. sate ikang ker.. kesabaran budak nih memang zero..
dah dapat baru leh makan dengan keadaan terkangkang.. stylo tuhhh...

budak nih jer penglipur lara aku.. happy sokmo...


apa2 pun both of you are the light of my life... dedua nih ngan rambut ala2 kena blow
ngan hairdryer.. betapa kuatnya hangin bertiup....

Gambo anak2 jer.. gambo mok ayoh takder ker?? Ada..ada... mesti ada punya... nak tengok???





























































Jangan tanjat tau...

















































phewwwiiiittttttttttttt bukan senang nak gambar berdua... ngeh ngeh ngeh..
sambil memegang tudung supaya jangan terbang.. izzah dah leh di rely ambik gambo dah..

p/s: woiii orang kampunggg aku dah hapdet...

Friday, March 2, 2012

..rindu saat ini..



p/s: tengok folder lama2.. terjumpa gambar ini.. terus rasa  rindu nak beranak kecil.. tetapi bukan senang nak beranak kecil.. kesihatan kena mantop!.. tulang belakang kena mantop! kang peknen camner aku nak tampung pembesaran perut? isk isk isk.. tapi kalau di izinkan Allah.. teringin.. :)

p/s2: comel jer budak berdua nih masa kecil.. tidur pun sepesen jer.. aman damai jer.. tapi sekarang sikit2 kang gaduh.. sambil bercakar2.. isk isk isk.. ntahlah macam aku dulu kut.. masa kecik2.. kalau bergaduh memang kaki tangan naik.. hehehehe semoga terus sabarlah aku selama mengkaji perangai budak2 nih.. :p

 

Blog Template by BloggerCandy.com