last nite, aku pening tahap gaban.. i sees thing in TWO.. serba tak kena dibuatnya.. adakah kerana aku tak makan.. perhaps.. tapi memang aku dah gastrik seawal 6.30 pagi. aku tak tahu kenapa jadi mcm tuh. sebab aku memang makan. cuma lately aku tak ambil lunch. bukan untuk kurus. tapi untuk menjimatkan kos. sebabnya aku tak ada gaji untuk 2 bulan, since i just got transfered from KL. tukar jabatan, bermakna tukar tempat pembayaran gaji.
tapi yang bestnya bila aku pening, KIE take over kerja2 di rumah. which includer mandikan Izzah. bagus tul kalau pening nih. yang tak bagus, aku tak boleh nak bergerak. sebabnya setiap kali aku bergerak, pandangan ku terus bergegar. after struggling between consious and unconsious, aku berjaya gak melepasi tahap pening tu. walaupun aku masih loya lagi.
then untuk menghilangkan raya loya, aku makan mangga yg MIL belikan dari Kelantan. setiap kupasan memang menghiris hati aku. sebabnya aku teringat dan rindu akan keluarga di IPOH. teringat saat manis semasa makan mangga dengan mak, abah, yong, nyah, yang dan adik. mak la yang mengupas. *smile* kami la yang perabiskan *lol* bila sampai biji mangga tuh, kami sekeluarga akan berebut. *smile*
aku rindu saat itu. kalau aku banyak duit, akan ku balik sekarang jugak! kalau aku banyak duit, sekarang jugak aku balik. kalau aku banyak duit, akan ku beli mangga satu lori dan ramai2 kita kenduri makan mangga.
aku rindu. rindu sangat2. rindu saat kemanisan itu. aku rindu untuk berdekatan. aku rindu untuk ke situ. aku rindu akan aksi usik-mengusik sewaktu kita bersama. aku rindu the way we tease each other. aku rindu! aku rindu! aku rindu!
if only i can turn back time...mak, chik rindu sangat.....